awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
07:21 MYT
Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih
Kaunter teknologi dan perbankan terus memacu Bursa Malaysia untuk meningkat pada awal dagangan hari ini dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,638.0 - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pasaran saham dilihat kembali kukuh selepas pelabur asing kini menjadi pembeli bersih.
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Nazarry Rosli, berkata wujud pembelian panik beberapa hari lalu susulan pengumuman darurat oleh kerajaan.
Bagaimanapun, keadaan itu hanya bersifat sementara dan trend indeks pasaran mula menunjukkan peningkatan.
"Dengan data ini saya lebih melihat kepada kegusaran yang berlaku dalam pasaran ini sebenarnya tidak keterlaluan. Ia hanya berlaku kepada sebahagian pelabur-pelabur terutama pelabur runcit.
"Tetapi kepada pelabur asing, mereka melihat cerita-cerita negatif ini sebenarnya telah berlalu dan pasaran kalau dilihat dari segi indeks, sekarang ini dipanggil dalam trend menaik.
"Apa berlaku sekitar pagi ini (saham) naik kuat dan berterusan dari semalam tetapi berlaku aktiviti yang kita panggil sebagai pengambilan untung," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Jelas beliau, tindakan Proklamasi Darurat yang dibuat kerajaan telah memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing terhadap usaha kerajaan untuk menangani keadaan semasa dalam negara termasuk berkaitan COVID-19 dan politik.
"Oleh kerana iklim semakin stabil kerana ada Proklamasi Daurat dan juga kerajaan melakukan yang terbaik untuk menentukan penularan COVID-19 ini reda. Jadi, pasaran dengan sendiri akan terus naik.
"Kebanyakan penganalisis masih mengunjurkan indeks akan berada dalam aliran menaik," katanya.
Bernama melaporkan kaunter teknologi dan perbankan terus memacu Bursa Malaysia untuk meningkat pada awal dagangan hari ini dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,638.0.
Pada 9.10 pagi, indeks itu meningkat 1.64 mata kepada 1,638.33 daripada 1,636.69 sewaktu ditutup semalam.
Topic Berkaitan
#pelabur asing
#Pembeli bersih
#darurat
#Proklamasi Darurat
#indeks pasaran
#ekonomi
#pelabur runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan