Tiada penalti ketidakpatuhan e-Invois dengan syarat pembayar cukai ikut peraturan - LHDN

LHDN tidak akan mengenakan penalti ke atas sebarang ketidakpatuhan kepada keperluan e-Invois, dengan syarat pembayar cukai mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang tempoh peralihan itu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju supaya pembayar cukai yang terlibat dalam pelaksanaan e-Invois Fasa 4, bermula dari 1 Januari 2026 diberi tempoh peralihan selama 12 bulan sehingga 31 Disember berbanding tempoh 6 bulan yang ditetapkan sebelum ini.
Bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, pembayar cukai dibenar mengeluarkan e-Invois yang disatukan untuk semua aktiviti dan transaksi.
Ia termasuk bagi industri atau aktiviti yang disenaraikan di bawah Seksyen 3.7 Garis Panduan Spesifik e-Invois, selain pengeluaran e-Invois disatukan juga dibenar walaupun terdapat permohonan e-invois daripada pembeli.
“Antara lain ialah mengeluarkan e-Invois bil kendiri yang disatukan untuk semua keadaan bil kendiri seperti digariskan mengikut Seksyen 8.3 Garis Panduan Spesifik e-Invois, termasuk membenarkan apa-apa diskripsi transaksi dimasukkan di medan keterangan produk atau perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan mengenakan penalti ke atas sebarang ketidakpatuhan kepada keperluan e-Invois, dengan syarat pembayar cukai mematuhi peraturan ditetapkan, sepanjang tempoh peralihan itu.
Dalam kenyataannya, LHDN memaklumkan, kerajaan bersetuju membenarkan pembayar cukai dari sektor pemborongan dan peruncitan bahan pembinaan untuk mengeluarkan e-Invois disatukan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


