Malaysia terus mencatatkan perkembangan yang baik dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 dengan kes baharu kekal pada angka satu digit.

Ini lima perkara penting yang anda perlu tahu dalam sidang media COVID-19 hari ini:

1. Lima kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,648 kes. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

2. Tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan kesemuanya warganegara Malaysia.

3. Dua kes penularan dalam negara adalah warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra
rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

4. Sembilan kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad sebanyak 8,446 kes.

5. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, dan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes.