awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan

Bernama
Bernama
10/01/2025
14:00 MYT
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Park berusaha meredakan kebimbangan orang ramai terhadap ketegangan antara penyiasat dan pasukan keselamatan presiden Yoon. - Gambar fail/Reuters/Tyrone Siu
SEOUL: Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan atau pertumpahan darah, lapor agensi berita Yonhap.
Ketua PSS, Park Chong Jun membuat kenyataan itu ketika hadir di balai polis untuk disoal siasat mengenai dakwaan bahawa beliau mengarahkan pegawai keselamatan presiden menghalang Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) yang disokong polis, daripada melaksanakan waran untuk menahan Yoon.
"Saya percaya ramai yang sangat bimbang dengan situasi semasa, di mana agensi kerajaan berkemungkinan bertelagah. Tidak boleh ada pergaduhan fizikal atau pertumpahan darah dalam apa jua keadaan," kata Park.
Park berusaha meredakan kebimbangan orang ramai terhadap ketegangan antara penyiasat dan pasukan keselamatan presiden Yoon.
"Saya percaya penyiasatan perlu dijalankan dengan cara yang sesuai dengan status seorang presiden yang sedang berkhidmat," katanya kepada pemberita ketika memasuki Ibu Pejabat Siasatan Bersama di barat Seoul.
Yoon enggan bekerjasama dengan CIO bagi disoal siasat atau pelaksanaan waran tangkap, dengan alasan bahawa agensi itu tidak mempunyai kuasa teknikal untuk menyiasat tuduhan pemberontakan yang timbul daripada penguatkuasaan undang-undang tentera oleh beliau pada 3 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Korea Selatan
#waran tangkap
#kuasa teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan