awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perintah mandatori untuk vaksin - Subramaniam

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
03/07/2016
10:49 MYT
Tiada perintah mandatori untuk vaksin - Subramaniam
Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kiri) bersama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan (kanan) melihat gambar pelan pembangunan yang akan dibina selepas Majlis Pecah Tanah SJKT, Ampang. - Gambar Bernama
Suntikan vaksin tidak akan dikenakan perintah mandatori.
Malah menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kementeriannya akan terus menggunakan pendekatan pendidikan untuk memberi kesedaran kepentingan vaksin kepada orang ramai.
Meskipun ada beberapa negara telah melaksanakan perintah mandatori, namun Subramaniam berpendapat tidak semua perkara perlu dikuatkuasakan dengan undan-undang.
"Seperti menghisap rokok ia tidak salah di sisi undang-undang namun kita tidak mahu orang ramai menghisap rokok.
"Kami banyak melakukan kempen menghindari rokok. Jadi ini adalah satu prinsip jika kita mahu mendidik masyarakat," tambahmya.
Subramaniam juga berkata ketika ini kementeriannya juga sedang menjalin kerjasama kukuh bersama kementerian pendidikan bagi memastikan setiap sekolah memberi suntikan vaksin kepada murid-murid.
Jelasnya juga, vaksin disahkan halal oleh Majlis Fatwa Negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang, pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Dr S.Subramaniam
#Majlis Fatwa Negara
#mandatori
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan