awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perjalanan rasmi ke luar negara, 3 Duta Khas terima emolumen RM27,227.20

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/12/2021
04:10 MYT
Tiada perjalanan rasmi ke luar negara, 3 Duta Khas terima emolumen RM27,227.20
Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang telah dimuktamadkan, emolumen yang diterima oleh kesemua duta khas ini adalah RM27,227.20.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan tiada perjalanan rasmi ke luar negara dibuat oleh tiga duta khas yang dilantik kerajaan.
Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata kesemua mereka turut menerima emolumen berjumlah RM27,227.20.
"Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang telah dimuktamadkan, emolumen yang diterima oleh kesemua duta khas ini adalah RM27,227.20.
"Mereka juga ditawarkan beberapa kemudahan lain seperti kemudahan telefon bimbit, kenderaan, pemandu dan pejabat," katanya menerusi jawapan lisan ke Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) yang meminta Perdana Menteri menyatakan perbelanjaan emolumen, elaun serta perjalanan rasmi setiap duta khas bertaraf Menteri yang dilantik Kerajaan sejak April 2020.
Solan: Minta PM menyatakan perbelanjaan emolumen, elaun serta perjalanan rasmi setiap duta khas bertaraf Menteri yang dilantik Kerajaan sejak April 2020. Nah, ni jawapan (Macam tak keluar bekerja langsung, tapi manfaat semua masyukk!) pic.twitter.com/7vdc3GqbFZ
— Akmal Nasir (@akmalnasir) December 2, 2021
Menurut Dr Abd Latiff, terdapat tiga Duta Khas kepada Perdana Menteri yang dilantik kerajaan sejak April 2020 iaitu Duta Khas Ke Timur Tengah, Duta Khas Ke Republik Rakyat China dan Duta Khas Ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
Mesyuarat Kabinet pertama pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung pada 1 September 2021 bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah; Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Duta Khas Perdana Menteri
#Dewan Rakyat
#emolumen Duta Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan