Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya perjanjian antara dirinya dengan PKR Pusat berhubung pelantikannya sebagai Menteri Mesar Selangor.
Azmin ketika ditemui pemberita semasa program turun padang di Pelabuhan Klang menafikan kewujudan perjanjian tersebut dan menegaskan pelantikannya adalah keputusan parti.
"Tak adalah. Itu keputusan parti," katanya ketika dipetik portal The Malaysian Insider selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, hari ini.
Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya "Rafizi's real job as Sec-Gen" mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR Mohamed Rafizi Ramli kepada Azmin.
Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan PKR berhak memecat Azmin sebagai Menteri Besar Selangor jika didapati tidak mengikut arahan parti.
Surat itu ditujukan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.
Namun, Raja Petra mendakwa Azmin sehingga sekarang tidak menandatangani surat perjanjian itu.
Surat melalui e-mel yang mengandungi cadangan Rafizi kepada Anwar itu bertajuk "Isu Selangor: Senario dan beberapa pertimbangan" bertarikh 19 September.
Pada tarikh itu, Rafizi masih lagi memegang jawatan pengarah strategi PKR, manakala setiausaha agung PKR ialah Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Antara kandungan surat itu menyebut "tidak boleh beri ruang untuk hantar nama kedua atau lain-lain".
Surat itu juga meletakkan syarat Azmin menggunakan kelebihan hubungannya dengan istana supaya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Anwar berpeluang menghadap Sultan Selangor.
Syarat pertama itu dicadangkan Rafizi sebelum sokongan 30 majoriti dipindahkan kepada Azmin.
"Sebarang janji untuk memindahkan sokongan majoriti daripada PKR dan DAP itu hanya boleh dibincangkan sekiranya dia (Azmin) dilantik, bukan sebelum dia dilantik," kata surat itu.
E-mel itu juga mengemukakan cadangan sekiranya pada ketika itu Azmin dipilih menjadi menteri besar Selangor.
Antaranya, supaya Anwar membuat surat letak jawatan tidak bertarikh agar Azmin selamanya terikat dengan parti dan Dr Wan Azizah.
Rafizi juga dikatakan mencadangkan Anwar membuat persetujuan dengan Azmin mengenai pejabat menteri besar, lantikan parti dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam mentadbir negeri.
"Jika dia melanggar mana-mana persetujuan ini, parti ada hak menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan," katanya.
E-mel itu juga menyebut, parti hanya akan bermesyuarat untuk memberi sokongan kepada Azmin jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu bersetuju dengan syarat dikemukakan.
Penerima e-mel terbabit, yang beralamat [email protected], pada tarikh sama kemudian membalas cadangan itu dengan jawapan "Ok".
Rafizi juga sebelum ini pencetus ilham "Langkah Kajang" membuat percaturan Anwar menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan beberapa konflik, antaranya pergeseran Azmin dengan Khalid.
Namun, Anwar yang menghadapi risiko hukuman penjara memberi laluan kepada Dr Wan Azizah dengan meletakkannya sebagai wakil rakyat DUN Kajang.
Cadangan PKR dan DAP ditolak istana walaupun kedua-dua parti berkenaan berkeras mengemukakan satu nama.
Krisis itu reda apabila Khalid berundur secara rasmi pada 22 September dan Azmin pada keesokannya mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru.
Dalam perkembangan berasingan, Azmin mahu Putrajaya bertanggungjawab terhadap syarikat konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang akan tamat tempoh peluangnya mengendalikan projek itu bulan depan.
"Itu (tanggungjawab) kerajaan persekutuan, bukan negeri. Kena rujuk (kerajaan) pusat," katanya.
Azmin berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Putrajaya bagi menyelesaikan isu pembinaan lebuh raya kontroversi itu serta beberapa projek sistem pengangkutan yang diumumkan dalam Bajet 2015 minggu lalu.
Antaranya, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang bernilai RM5.3 bilion, Lebuhraya Pantai Barat Taiping-Banting (RM5 bilion), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (RM4.2 bilion), projek MRT2 Selayang-Putrajaya (RM23 bilion) dan projek LRT3 Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
Agensi
Fri Oct 17 2014
AZMIN: Tiada perjanjian letak jawatan jika buat 'kesalahan' - Gambar fail
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.