Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) tidak memberi sebarang petunjuk bahawa peningkatan konsentrasi logam berat di dalam air bawah tanah adalah disebabkan operasi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).
Pengurus Besar Pematuhan Keselamatan dan Pengawalan Radiasi Lynas Prof Ismail Bahari berkata jawatankuasa itu dalam laporannya yang dikemukakan kepada kerajaan pada Disember 2018, hanya membuat cadangan untuk menjalankan penyelidikan lanjut tentang air bawah tanah di kawasan perindustrian Gebeng di sini.
"Lynas dengan kerjasama makmal-makmal yang bertauliah kini menjalankan siasatan bebas untuk menolak sebarang kemungkinan bahawa pencemaran itu disebabkan oleh operasi kami," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Ismail berkata demikian susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, seperti yang dilaporkan oleh media, bahawa air bawah tanah di bawah Lynas tercemar dengan logam berat.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mendakwa bahawa air bawah tanah yang tercemar akan memberi kesan kepada penduduk kampung yang tinggal di sekitar Gebeng, kerana sebahagian daripada mereka masih bergantung kepada telaga tiub untuk kegunaan harian mereka.
Ismail menarik perhatian bahawa jawatankuasa itu yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang telah menyatakan bahawa operasi Lynas adalah berisiko rendah, mematuhi peraturan-peraturan berkaitan, dan kemudahan penyimpanan residu dikendalikan dengan cara yang selamat dan diluluskan oleh pengawal selia.
"Jawatankuasa tersebut juga menyatakan bahawa Lynas merupakan syarikat pengeluaran nadir bumi dan ia tidak boleh dibandingkan dengan loji nuklear atau kilang yang menghasilkan thorium atau uranium.
"Risiko sinaran tidak ditentukan oleh separuh hayat sesuatu bahan sahaja, tetapi lebih penting oleh tahap pendedahan. Malaysia menggunapakai tahap pendedahan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) bagi pekerja dan orang awam dan Lynas mematuhi sepenuhnya tahap ini," katanya.
Ismail berkata bahawa residu radioaktif sangat rendah yang dihasilkan oleh Lynas bukan satu-satunya sisa yang dikeluarkan di Malaysia kerana industri minyak dan gas, industri perlombongan timah juga mengeluarkan sisa radioaktif.
"Industri-industri berkenan telah beroperasi selama bertahun-tahun," katanya.
Ismail berkata bahawa Lynas komited untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan membantu Malaysia menjadi satu-satunya pusat nadir bumi di luar China.
Lynas juga telah mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan secara langsung di negara ini dengan 97 peratus daripada pekerjaan itu diisi oleh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019

Lynas telah mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan secara langsung di negara ini dengan 97 peratus daripada pekerjaan itu diisi oleh rakyat Malaysia. - Gambar fail

Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves dibenarkan dengan bersyarat - Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Operasi bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

PKP | Jangan 'kitar semula' surat kebenaran
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengitar semula surat kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa, terutama di sekatan-sekatan jalan raya. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Acp Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan itu.

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.

Tiada petunjuk operasi Lynas sebabkan peningkatan konsentrasi logam berat
Lynas dengan kerjasama makmal-makmal yang bertauliah kini menjalankan siasatan bebas untuk menolak sebarang dakwaan pencemaran.

Air bawah tanah selamat digunakan - Pakar
Air bawah tanah mempunyai kualiti yang amat terjamin dan dapat digunakan dengan selamat, menurut Pakar Hidraulik dan Hidrologi, Datuk Ir Dr Azuhan Mohammed.

Kes guru pijak pelajar: Keluarga, sekolah perlu selesaikan secara harmoni - Mahdzir
Tidak semua kes terus dibawa kepada kementerian dan sepatutnya ia dapat diselesaikan di peringkat sekolah, pelajar, ibu-bapa dan guru berkenaan supaya tidak terus berlarutan.