KUALA LUMPUR: Tiada produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia yang berdaftar di Malaysia setakat ini kecuali.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pernah mendaftarkan satu produk berasaskan kanabis iaitu Sativex pada tahun 2014.
Namun, atas permintaan pihak syarikat sendiri, pendaftaran produk itu telah dibatalkan pada tahun 2017.
Begitupun, Khairy menegaskan kerajaan mengalu-alukan ujian klinikal dalam melihat keberkesanan, kualiti dan keselamatan produk kanabis perubatan untuk dikaji dan diguna pakai di Malaysia.
“Akta sedia ada yang mengawal selia kanabis dan hasilnya di Malaysia iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.
“Sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya, permohonan untuk mendaftarkan keluaran mengandungi kanabis untuk tujuan pengubatan tersebut boleh dikemukakan kepada PBKD.
“Ia bagi membolehkannya dinilai dan didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan seterusnya untuk dipasarkan di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan sembilan Ahli Parlimen hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan satu kaukus baru untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan kanabis untuk perubatan.
Menurut satu kenyataan media, objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan menjadikan ia sebagai salah satu bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, Kaukus Medical Cannabis itu diwakili Ahli-Ahli Parlimen merentas pelbagai parti, sebagai salah satu usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi untuk mengkaji kawal selia penggunaan ketum dan kanabis untuk perubatan.
Kaukus berkenaan dipengerusikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas – Muar) serta dianggotai Datuk Seri Azalina Othman Said (BN – Pengerang), Khalid Abdul Samad (PH – Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas – Kuala Langat) dan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan – Penampang).
Selain itu, kaukus berkenaan turut dianggotai Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH – Bandar Kuching), Dr Azman Ismail (PH – Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (GPS – Sibuti), dan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas).
Ridauddin Daud
Wed Nov 17 2021
![Tiada produk perubatan kanabis didaftarkan di Malaysia setakat ini - Khairy Tiada produk perubatan kanabis didaftarkan di Malaysia setakat ini - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635417469_TBKJ.jpg)
Khairy menegaskan kerajaan mengalu-alukan ujian klinikal dalam melihat keberkesanan, kualiti dan keselamatan produk kanabis perubatan untuk dikaji dan diguna pakai di Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720071621_tbTaliGantung.jpg)
Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung
Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
![Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718874899_TBCourtHammer.jpg)
Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.
![Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715245838_thailand.jpg)
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha Thavisin berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.
![Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705045917_TBAhmadSukarno.jpg)
Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis
Kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun itu bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak tiga hingga sembilan bulan lepas.
![Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701341186_JUDGE.jpg)
Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis
Tiada pengakuan direkodkan daripada A. Nadarajan, 51, dan R. Thasvindran, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
![Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698309550_TBCourtHammer.jpg)
Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan
Seorang pemasang jubin dihukum penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.024 kilogram.
![PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694792539_TBsretthathavisin.jpg)
PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis
Industri kanabis Thailand dianggar bernilai AS$1.2 bilion menjelang beberapa tahun akan datang.
![Polis Ireland rampas dadah bernilai RM2.5 juta Polis Ireland rampas dadah bernilai RM2.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694391770_TBDublinCrime.jpg)
Polis Ireland rampas dadah bernilai RM2.5 juta
Polis turut menahan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an dan seorang wanita berusia dalam 30-an.
![Pemandu limosin terlepas hukuman gantung, dipenjara 13 tahun miliki dadah Pemandu limosin terlepas hukuman gantung, dipenjara 13 tahun miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690435910_TBCourtHammer.jpg)
Pemandu limosin terlepas hukuman gantung, dipenjara 13 tahun miliki dadah
Seorang pemandu limousin terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengedar 1.428 kilogram kanabis kepada memiliki dadah itu.
![Bekas pemandu e-hailing miliki kanabis dipenjara 10 tahun dan 20 sebatan Bekas pemandu e-hailing miliki kanabis dipenjara 10 tahun dan 20 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686028350_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Bekas pemandu e-hailing miliki kanabis dipenjara 10 tahun dan 20 sebatan
Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki 1,619.8 gram dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.