awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan berhampiran Masjidil Haram - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2017
06:58 MYT
Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan berhampiran Masjidil Haram - Wisma Putra
Serangan yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram itu telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi. - Foto KDN Arab Saudi
Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar, Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.
Jelas kenyataan itu, serangan pengganas berkenaan adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.
Serangan yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram itu telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi.
Jelas kenyataan itu, Kerajaan Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.
Tambah kenyataan itu, keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.
Kenyataan itu menjelaskan, Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi berkenaan.
Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi adalah seperti berikut:
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah Lot 241, Al-Mualiffin Street Al Rehab District P.O Box 593 21421 Jeddah ARAB SAUDI Tel: 0096612 6727740 0096612 6728019
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#pengganas
#Ramadan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan