awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini

Bernama
Bernama
25/10/2024
09:16 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini
Kementerian Luar memaklumkan bahawa taufan ini dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina pada Jumaat, dan rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada. -Gambar fail/Wikipedia
KUALA LUMPUR: Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat Taufan Tropika Kristine (Trami) yang telah menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan mengakibatkan ratusan penduduk di Filipina dipindahkan.

Ringkasan AI
  • Tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat Taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di Filipina.
  • Kementerian Luar memaklumkan bahawa taufan ini dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina pada Jumaat, dan rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada.
  • Angka korban akibat taufan ini telah meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, memaklumkan bahawa setakat Jumaat, isyarat angin bagi Taufan Kristine yang dikategorikan sebagai siklon tropika Tahap Dua, masih aktif di Metro Manila dan kawasan-kawasan di seluruh Luzon.
Kementerian itu menyatakan bahawa taufan berkenaan dijangka keluar dari kawasan di bawah tanggungjawab Filipina pada Jumaat.
"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila, sedang memantau rapi perkembangan Taufan Tropika Kristine (Trami) yang telah membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir serta tanah runtuh, mengakibatkan beberapa kematian, kecederaan dan pemindahan ratusan keluarga.
"Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat taufan berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila di Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, atau menghubungi talian telefon +63 2 8662 8200 atau 0917 864 0761, atau melalui e-mel di [email protected].
Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri dinasihatkan supaya berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my
Sementara itu, Kementerian Luar sedang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan mengenai bantuan yang akan diberikan kepada Filipina.
"Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Filipina, terutama kepada mangsa dan keluarga yang terjejas oleh kejadian ini," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar turut memaklumkan bahawa satu lagi taufan, yang bakal dinamakan "Leon", kini berada 2,500 kilometer dari Visayas dan dijangka memasuki kawasan di bawah tanggungjawab Filipina pada Ahad (27 Okt).
Xinhua melaporkan bahawa angka korban akibat Taufan Tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini telah meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.
Dalam satu laporan, Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam, Ariel Nepomuceno menyatakan bahawa sembilan wilayah di seluruh negara telah melaporkan kematian berkaitan dengan Trami.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Tropika Kristine
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.