Tiada rakyat Malaysia terkesan dalam bencana hujan di Sumatera - Konsulat Jeneral

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan berkata pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan situasi banjir dan tanah runtuh yang berlaku di ketiga-tiga wilayah di Sumatera itu. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia mengesahkan bahawa tiada rakyat negara ini yang dilaporkan terjejas secara langsung akibat kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Provinsi Sumatera Utara (Sumut), Sumatera Barat (Sumbar) dan Aceh setakat ini.
Ringkasan AI
- Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera Utara, Sumatera Barat, dan Aceh.
- Konsulat menasihatkan warganegara Malaysia di kawasan tersebut untuk sentiasa berwaspada, memantau perkembangan melalui media rasmi, dan mematuhi arahan berkuasa tempatan.
- Pihak berkuasa tempatan Indonesia telah mengaktifkan langkah kesiapsiagaan serta operasi bantuan di kawasan terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.
Orang ramai juga dinasihatkan menyemak status perjalanan dengan syarikat penerbangan atau pengangkutan masing-masing sekiranya berlaku sebarang perubahan dari semasa ke semasa, menurut konsulat.
"Pihak berkuasa tempatan Indonesia melalui Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) telah mengaktifkan langkah kesiapsiagaan serta operasi bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk, terutamanya di kawasan rendah dan kawasan lereng bukit yang terdedah kepada risiko banjir serta tanah runtuh di ketiga-tiga provinsi itu," menurut kenyataan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


