awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom di Kaherah

Bernama
Bernama
13/12/2016
09:25 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom di Kaherah
Serangan bom di Gereja St. Peter dan St. Paul, Katedral Ortodoks Koptik di Kaherah pada 11 Disember yang meragut 25 nyawa dan mencederakan 49 orang. - Gambar AFP
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Gereja St. Peter dan St. Paul, Katedral Ortodoks Koptik di Kaherah pada 11 Disember 2016 yang meragut 25 nyawa dan mencederakan 49 orang.
Kerajaan Malaysia merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Arab Mesir serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam serangan ini.
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, akan terus memantau keadaan tersebut. Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat mengadakan lawatan ke Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka kepada keadaan keselamatan meraka.
Mereka juga digesa agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk sebarang bantuan atau pertanyaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gereja St. Peter dan St. Paul
#Kaherah
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan