awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat hingga 25 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan di Istanbul

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2022
00:45 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan di Istanbul
Tiada laporan rakyat Malaysia menjadi mangsa letupan bom di Jalan Istiklal, Taksim, pada Ahad. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye mengesahkan setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia menjadi mangsa letupan bom di Jalan Istiklal, Taksim, pada Ahad.
"Konsulat Jeneral bagaimanapun sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, yang sedang menjalankan penyiasatan berhubung insiden tersebut.
"Konsulat Jeneral yakin pihak berkuasa akan melaksanakan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab atas insiden itu dan akan membawa mereka ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Konsulat Jeneral turut mengingatkan rakyat Malaysia di sana agar meningkatkan kewaspadaan di sekeliling dan mengelak berkunjung ke tempat sesak di Istanbul buat masa ini.
"Sekiranya anda mempunyai kecemasan boleh menghubungi talian Konsulat Jeneral Istanbul di +902129891001, +905362896788, +905517112174 dan +905538979767.
"Konsulat Jeneral turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan berharap mangsa yang cedera segera sembuh," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#rakyat Malaysia
#letupan
#Jalan Istiklal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan