awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden pengeboman di Ankara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/10/2023
02:10 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden pengeboman di Ankara
Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di Turki untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman berani mati di Ankara yang mencederakan dua anggota polis, jam 9.30 pagi, pada Ahad
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Malaysia bersolidariti dengan Turki dan masyarakat antarabangsa dalam menolak sebarang tindakan keganasan yang bertujuan menganggu proses politik yang sah.
"Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.
Sehubungan itu, Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di Turki untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.
"Untuk bantuan, sila hubungi Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul," ujarnya.

Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#serangan pengeboman
#langkah berjaga-jaga
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan