MALAYSIA
Tiada rakyat Malaysia terlibat Taufan Hato di Hong Kong, Macau - Wisma Putra

Taufan Hato dengan kekuatan luar biasa membadai Hong Kong dan Macau. - Reuters
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam Taufan Hato yang melanda Hong Kong dan Macau semalam.
Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan terus memantau kejadian itu dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang maklumat dan perkembangan terkini.
Menurut kementerian, warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular perlu menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong di Tingkat 24, Malaysia Building, 47-50 Gloucester Road, Wanchai atau di talian +(852) 2821 0800 , +(852) 6900 6390 (untuk kes kecemasan) atau emel [email protected]
Kenyataan itu memaklumkan setakat 3 petang ini, lapan orang dilaporkan maut di Macau akibat bencana itu yang diklasifikasi sebagai amaran ribut tahap maksimum Taufan 10.
"Kementerian Luar melahirkan rasa simpati kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami