KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata kerajaan akan melaksanakan cukai yang diumumkan mengikut Belanjawan 2024.
"Ya, terpaksalah untuk kita mencari pendapatan. Maka cukai SST (cukai jualan dan perkhidmatan) dinaikkan daripada enam kepada lapan peratus. Kalau tidak, bagaimana kita ingin mencari pendapatan?
"Satu lagi, oleh kerana kita nak laksanakan subsidi bersasar, kita akan laksanakan (dengan) diesel dahulu dan selepas itu RON 95. Oleh kerana, kita mengadakan perkara yang berkaitan (subsidi bersasar), maka kita menangguhkanlah (pelaksanaan GST)," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Sivaraj Chandran mengenai rancangan pelaksanaan GST dan mencadangkan GST dikembalikan namun pada kadar lebih rendah berbanding enam peratus sebelum ini.
Ahmad berkata beliau juga tidak pasti atau mengetahui tempoh GST akan dilaksanakan di Malaysia walaupun 90 peratus negara di dunia sudah melaksanakannya.
"Tentu mereka ada Kementerian Kewangan, tentu mereka ada bank pusat, tentu mereka ada pakar-pakar ekonomi dan keseluruhan mereka menyatakan GST lebih baik daripada SST. Hanya Malaysia yang terbalik pemikirannya," katanya.
Beliau menjelaskan kerajaan melaksanakan GST pada enam peratus (berkuat kuasa April 2015, sebelum menamatkannya pada 2018) dan bukannya tiga peratus ketika itu, ini kerana jika dikenakan pada tiga peratus, maka tiada tambahan hasil cukai yang boleh diperoleh kerajaan.
"Malaysia saja satu-satu negara yang sudah laksanakan (GST) dan kemudian tarik balik. Ini semua sebab politik sebenarnya, bukan sebab ekonomi. Sebelum kita buat GST, kita telah melaksanakan SST, kebaikan GST hanya satu cukai, SST dua cukai," katanya.
Beliau berkata antara kebaikan GST adalah dapat mengurangkan ekonomi bayangan -- sebelum GST dilaksanakan, 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah ekonomi gelap atau ekonomi bayangan.
"Bila kita laksana GST dua, tiga tahun itu keadaan ini dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus, menyebabkan negara untung (meraih hasil) dan ekonomi bayangan tinggal 20 peratus walaupun sepatutnya kurang daripada itu (lagi) kalau kita melaksanakan GST secara berterusan," katanya.
GST bukan bersifat cukai atas cukai, tegasnya.
Beliau berkata GST juga mengurangkan kos perniagaan kerana terdapat elemen pembayaran balik cukai iaitu pemulangan cukai input kepada syarikat dan pengilang, selain GST tidak dikenakan terhadap eksport.
"GST adalah cukai progresif, maksud cukai progresif ini, lebih banyak kita berbelanja, lebih banyak wang kita ada, lebih banyak cukai kita bayar.
"GST ada dua kadar iaitu berkadar sifar dan enam peratus. Oleh kerana ada elemen berkadar sifar, GST boleh membantu rakyat contohnya makanan segar, makanan keperluan rakyat tidak dikenakan GST berbanding SST sekarang, banyak yang dikenakan. Rumusannya, GST jauh lebih baik daripada SST," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Ahmad berkata, kerajaan akan melaksanakan cukai yang diumumkan mengikut Belanjawan 2024. - Gambar fail
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Trump tiba di Washington D.C. bagi majlis angkat sumpah
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Washington D.C. bersama keluarganya bagi majlis angkat sumpah jawatan.
Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu sebuah bangunan mahkamah di Seoul awal pagi ahad selepas Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Agenda penting pelancongan ASEAN, antara tentatif hari ini
Antara yang bakal berlangsung ialah di Johor Bahru sempena ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ke-28, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan tambah tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan ke-24.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.
PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.