Seorang ahli perniagaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tiada sebarang resit diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO berhubung sumbangan politik berjumlah RM6.5 juta yang telah diberikan kepada isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Saidi Abang Samsudin, 61, Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.
Sri Ram: Sehingga hari ini, anda mengatakan bahawa RM6.5 juta adalah untuk sumbangan politik. Jadi sehingga hari ini, adakah anda menerima sebarang resit daripada BN dan UMNO untuk memperakui bahawa RM6.5 juta itu sebagai sumbangan?
Saidi: Tidak.
Sri Ram: Adakah tertuduh (Rosmah) menolak ketika anda membuat sumbangan politik itu?
Saidi: Tidak, dia (Rosmah) senyum sahaja dan dia panggil Rizal (Datuk Rizal Mansor) untuk atur semua.
Sri Ram: Semasa pertemuan kedua pada 7 September 2017, ketika anda membawa dua beg berisi wang (RM1.5 juta) adakah dia (Rosmah) meminta anda meninggalkan rumahnya?
Saidi : Dia hanya memberi respons "Hm"...itu sahaja.
Saidi, yang juga saksi penting pendakwaan ketika membacakan penyataan saksi, berkata beliau telah menyerahkan RM6.5 juta seperti yang telah dijanjikan kepada Rosmah untuk sumbangan politik.
Menceritakan perkara itu, Saidi, yang juga ahli parti Pesaka Bumiputera Bersatu, berkata pada 20 Dis 2016, beliau telah menyerahkan wang RM5 juta yang diisi ke dalam dua bagasi kepada Rosmah melalui bekas pembantu wanita itu Datuk Rizal Mansor di bangunan pejabat Lawrence di Pavilion.
"Saya telah jumpa Rizal dan Lawrence ...dalam perjumpaan itu, saya telah memberitahu mereka bahawa dua bagasi berkenaan mengandungi wang tunai RM5 juta. Saya juga meminta Lawrence untuk mengeluarkan resit penerimaan wang tunai kepada saya dan Lawrence mengatakan dia akan menyediakan resit itu.
"Saya tidak pernah menerima resit yang dijanjikan oleh Lawrence sehingga ke hari ini. Rizal telah berbincang dengan Lawrence berkenaan isu penyerahan wang itu kepada siapa tetapi saya tidak memberi perhatian kepada perbincangan mereka.
“Kemudian Rizal mengatakan beliau perlu menghantar wang tunai itu ke rumah Datin Seri Rosmah," katanya yang turut memaklumkan kedua-dua bagasi kemudian dimasukkan ke dalam kereta Toyota Vellfire milik Rizal.
Menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani sama ada beliau tahu wang RM5 juta itu telah diserahkan kepada Rosmah, Saidi berkata "Rizal beritahu saya bahawa beliau akan pergi ke rumah Datin Seri Rosmah.”
Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata wang tersebut merupakan sebahagian daripada wang pinjaman berjumlah RM16 juta yang diperoleh daripada syarikat Builtamont International Sdn Bhd untuk melaksanakan projek genset diesel bermula 1 Jan 2017.
"Pinjaman itu dimasukkan Builtamont ke dalam akaun operasi Jepak di CIMB Bank secara berperingkat. Saya telah menggunakan RM5 juta daripada pinjaman itu untuk membayar Datin Seri Rosmah atas bantuan yang diberikan," katanya.
Saidi berkata beliau dan rakan perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah, juga telah membawa dua beg galas berisi wang tunai RM1.5 juta untuk diserahkan kepada Rosmah di kediaman tertuduh di Langgak Duta pada 7 Sept 2017 selepas Rizal sering mengingatkan beliau agar membayar sumbangan politik yang dijanjikan kepada Rosmah.
Saksi itu juga berkata beliau telah meminta Rizal untuk mendapatkan bantuan 'Mem' bagi mempercepatkan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) kepada Jepak bagi projek solar hibrid.
"Mem merupakan nama panggilan yang digunakan Rizal untuk merujuk kepada Rosmah. Saya juga ada bertanya kepada Rizal mengenai jumlah wang yang perlu dibayar oleh saya kepada Datin Seri Rosmah untuk membantu Jepak. Rizal memberitahu saya dan Rayyan biasanya 10 peratus hingga 15 peratus," katanya.
Saidi berkata beliau telah memaklumkan Rosmah bahawa sumbangan politik sebanyak 10 peratus daripada nilai projek solar hibrid bernilai RM1.25 billion akan diberikan kepada isteri bekas perdana menteri itu.
"Idea penawaran sumbangan politik ini merupakan idea saya dan Rayyan," katanya.
Saksi itu berkata Rosmah kemudian memberikan respons bahawa status politik UMNO ketika itu agak teruk dan UMNO Pekan memang memerlukan dana politik dan meminta beliau berbincang dengan Rizal.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu.
Suapan itu didakwa diterima melalui Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu. -Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.