awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump: Venezuela akan pindahkan sehingga 50 juta tong minyak ke AS
Tiada kompromi isu disiplin, integriti - Panglima Tentera Udara
Peniaga makanan ala Barat mengaku tidak bersalah langgar doktor hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi

Bernama
Bernama
25/07/2017
09:21 MYT
Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata tiada keperluan untuk adakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain. - gambar fail
Tiada keperluan untuk adakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
"Tiada rombakan, hanya mengisi tempat yang kosong sahaja," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penghargaan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.
Beliau ditanya jika JPJ akan melakukan rombakan besar-besaran susulan pertukaran Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob dan Pengarah Penguat Kuasa Datuk V Valluvan Veloo ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkuat kuasa Jumaat lepas.
Menurut laporan, pertukaran Yusoff dipercayai mempunyai kaitan dengan kes mahkamah yang dihadapinya berhubung penggunaan lorong kecemasan manakala pertukaran Valluvan dipercayai berkaitan dengan insiden pembabitan tiga anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ dalam kes pecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron pada 13 Julai lepas.
Mengenai tiga anggota PTK terbabit, Abdul Aziz berkata tindakan terhadap mereka akan diputuskan JPA dan polis juga masih menyiasat kes berkenaan.
"Oleh kerana ia kes jenayah, polis akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata satu modul pendidikan keselamatan jalan raya baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) tahun depan.
Menurutnya, modul itu yang akan dijadikan sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan diperkukuhkan lagi dengan info grafik dan praktikal yang sesuai dengan keadaan trafik di negara ini.
Abdul Aziz berkata modul sedia ada yang diguna pakai sejak 10 tahun lepas adalah mengikut modul Australia yang tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan di negara ini.
"Pendidikan keselamatan jalan raya sangat penting bagi melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan memahami keperluan mematuhi peraturan jalan raya," katanya.
Selain JKJR, turut terlibat dalam pembentukan modul baharu itu ialah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Aziz Kaprawi
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#jalan raya
#jenayah
#JPJ
#keselamatan
#pendidikan
#polis
#rombakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan