awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ruang ketirisan, Mara perlu diurus dengan amanah - Asyraf Wajdi

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2025
00:00 MYT
Tiada ruang ketirisan, Mara perlu diurus dengan amanah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan, ketirisan atau pemborosan dalam pengurusan Mara boleh menggagalkan agenda pendidikan, keusahawanan dan pelaburan golongan Bumiputera. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan hasrat untuk meninggalkan agensi itu dengan struktur asas yang kukuh dan tersusun sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.
Sebagai agensi yang membawa mandat besar terhadap masa depan orang Melayu dan Bumiputera, beliau menegaskan, Mara perlu diurus dengan penuh amanah, telus dan berkesan.
"Saya berhasrat untuk meninggalkan Mara dengan struktur asas yang kukuh dan kuat.
"Mara membawa mandat besar untuk orang Melayu dan bumiputera, makanya setiap sen wang rakyat mestilah dibelanjakan dengan betul dan berkesan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Tambah beliau, keutamaan kini diberi kepada aspek tadbir urus, disiplin kewangan dan tahap tatakelola tertinggi agar tidak wujud ruang untuk sebarang bentuk ketirisan atau penyelewengan.
Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO turut menegaskan, ketirisan atau pemborosan dalam pengurusan Mara boleh menggagalkan agenda pendidikan, keusahawanan dan pelaburan golongan Bumiputera.
"Tatakelola mesti berada pada tahap tertinggi supaya tiada ruang ketirisan, pemborosan, penyelewengan mahupun sebarang bentuk penyimpangan berlaku sehingga menyebabkan agenda besar bumiputera tergadai," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#MARA
#Bumiputera
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan