awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Perdana tahun ini - Anwar

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
14/04/2023
13:25 MYT
Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Perdana tahun ini - Anwar
PM Anwar beramah mesra dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di SLAK, hari ini.Turut bersama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - fotoBERNAMA
SUNGAI PETANI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang merupakan acara tahunan di Kompleks Seri Perdana, tidak akan diadakan bagi tahun ini.
Menurut beliau, ia adalah bagi membolehkannya menghadiri Majlis Rumah Aidilfitri yang dianjurkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.
"Perdana Menteri tidak akan adakan majlis Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana, tetapi setelah difikirkan lebih baik kita turun ke bawah iaitu dari negeri ke negeri sama ada anjuran Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri."
Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, tujuan untuk beliau hadir ke majlis-majlis yang akan dianjurkan itu adalah bagi memberi peluang untuknya mendekati lebih ramai rakyat di negara ini.
Anwar turut memaklumkan, sebagai permulaan beliau akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri di Kedah yang dijadual berlangsung pada 29 April depan.
Beri saya beberapa tahun, Malaysia kembali semarak - PM
“Kita ada minat sikit dengan Alor Setar kerana saya diberitahu makanan di Alor Setar jauh lebih lazat daripada tempat lain."
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), Sungai Petani, pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#rumah terbuka hari raya aidilfitri
#Ahli Parlimen Tambun
#Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan