MALAYSIA
Tiada rundingan awam? Ini jawapan MCMC tentang MPD

Timbalan Ketua Pengarah MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin bercakap kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai MDP di Cyberjaya. - Foto Shahir Omar/Astro AWANI
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjelaskan bahawa tiada rundingan di peringkat awam dijalankan kerana projek Data Telefon Pintar (Mobile Phone Data, MPD) masih berada di peringkat rintis atau ‘pilot’.
Ringkasan AI
- Projek MPD masih di peringkat rintis: MCMC menjelaskan bahawa projek Data Telefon Pintar (MPD) masih dalam fasa percubaan sehingga 2026 untuk memastikan aspek keselamatan dan perlindungan data dilaksanakan dengan kemas.
- Jaminan keselamatan maklumat peribadi: MCMC menegaskan bahawa data yang dikumpulkan adalah anonim tanpa maklumat peribadi seperti nombor MyKad atau alamat, serta hanya berdasarkan lokasi menara pemancar, bukan lokasi individu.
- Transformasi dalam pengumpulan data statistik: MPD bertujuan menggantikan kaedah survei tradisional dengan pendekatan digital dan analitik data besar, sebagai langkah penting dalam meningkatkan ketepatan maklumat statistik untuk dasar kerajaan.
Menurut Zulkarnain, pelbagai pihak berkepentingan seperti Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) telah dipanggil dalam sesi perbincangan dan memberi jaminan orang awam akan terlibat.
“Banyak sesi penglibatan pihak berkepentingan telah dilaksanakan bagi mereka yang terlibat..jadi apabila kita telah bersedia, kita tidak ada masalah untuk melibatkan orang awam,” katanya.
Zulkarnain turut mengulangi jaminan bahawa MPD tidak akan melanggar mana-mana maklumat peribadi pengguna (PII).
“Data-data yang diberikan (MNO) itu mestilah tidak bernama (anonymous), tiada unsur-unsur yang boleh mengenal pasti siapakah pemilih akaun ataupun individu, tidak ada maklumat, tidak ada nombor MyKad ataupun alamat.
“Kita juga jelaskan bahawa ada yang membangkitkan soal lokasi individu, tetapi sebenarnya apa yang kita kumpulkan adalah lokasi berdasarkan menara pemancar ataupun base station itu di mana komunikasi itu dilaksanakan sama ada panggilan ataupun penggunaan data internet.
“Jika semua parameter yang berkaitan dengan kebolehgunaan data untuk dua aspek indikator ICT dan pelancongan ini mantap, aspek tadbir urus data (data governance) itu telah dipastikan mematuhi standard yang ditetapkan oleh International Telecommunication Union (ITU).
“kita bersedia mengatakan kepada orang awam bahawa tidak perlu ragu-ragu tentang aspek-aspek maklumat peribadi yang akan digunakan,” katanya.
MDP akan melalui proses percubaan sehingga 2026.
“Tujuan MPD adalah untuk mendapatkan maklumat statistik secara bentuk baharu ... jika dulu melalui survey, sekarang kita fokus untuk melakukan transformasi dalam bentuk digital dan juga dalam bentuk big data analytics, jadi ini transformasi yang besar dari segi pengumpulan data statistik yang harus kita sokong,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan selepas sesi taklimat mengenai MDP di sini, hari ini.
MCMC dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, MPD digunakan secara ketat bagi penyediaan statistik rasmi untuk membantu penggubalan dasar berasaskan bukti dalam dua domain utama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami