KUALA LUMPUR: Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub dalam sebuah video tular, pada Ahad.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jalan keluar itu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Walaupun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku, namun buat masa ini kita menekankan advokasi keselamatan jalan raya.
"Memang tindakan (pusingan U serta lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham mereka semua nak balik kampung dan kita bukan mencari kesalahan, tetapi hanya mahu permudahkan urusan semua," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Razarudin berkata, lebih 5,900 anggota dan pegawai trafik di seluruh negara terlibat dalam Op Selamat 22 yang bermula 8 April hingga 13 April ini.
"Enam kesalahan utama diberi penekanan iaitu memandu melebihi had laju; memandu di lorong kecemasan; memotong di garisan berkembar; memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit," katanya.
Jelas beliau, pihak polis juga akan melakukan pemantauan dan kawalan aliran trafik terutamanya titik hitam dan lokasi panas.
“Tumpuan kita apabila kempen ini (Op Selamat) adalah mendidik rakyat, sikap satu elemen penting yang mana pengguna jalan raya hendaklah bertanggungjawab antara satu sama lain," katanya.
Razarudin berkata, orang ramai diingatkan agar memandu dengan cermat dan memeriksa kenderaan terlebih dahulu.
“Mereka yang balik kampung diminta memaklumkan kepada balai polis berdekatan bagi memudahkan rondaan cegah jenayah termasuk bukan Islam yang pergi bercuti,” katanya.
Jumaat lalu, Razarudin melancarkan Op Selamat 22 sempena perayaaan Aidilfitri bermula 8 April hingga 13 April ini.
Bertemakan kempen Op Selamat siri ke-22 dengan tema rumah selamat, selamat sampai ke destinasi, beliau meminta kerjasama antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia agar sasaran dapat dikurangkan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 08 2024
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jalan keluar itu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian sama berulang. - Tangkap layar video tular/Ihsan pembaca
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub - KPN
Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub.