KUALA LUMPUR:Tiada sebab untuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta maaf kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tindakan parti itu secara jelas 'mencuri' atau 'membeli' ahli UMNO.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, malah beliau yakin Asyraf mempunyai bukti kukuh dan bersedia kemukakan dalam soal bayaran dan habuan jika tindakan mahkamah dikenakan terhadapnya.
"Kalau lihat di Parlimen, berapa peratus Ahli Parlimen Bersatu yang datang dari UMNO?
”Kalau lihat di peringkat bahagian, berapa ramai pimpinan bahagian yang datang dari UMNO,” soalnya dalam satu hantaran di akaun Facebook di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Shahril menambah, semua itu tidak sedikitpun menghakis penghargaan UMNO kepada akar umbi yang kekal setia bersama parti waktu susah dan senang.
"Sebagai menzahirkan penghargaan tersebut, UMNO mesti terus memperkukuh kekuatan sendiri supaya tidak boleh diperkotak-katik oleh parti lain.
"Ada pihak yang akan sentiasa mahu melihat UMNO lemah dan dilemahkan. Kita tak terkejut dengan senario itu, sebaliknya terus mencari jalan memastikan parti ini menjadi pilihan utama rakyat Melayu dan Malaysia amnya.
"Jika kita tak kuatkan parti, jika kita asyik bergaduh sesama sendiri, jika kita tak siapkan tawaran menarik untuk rakyat, maka kita tak boleh salahkan orang lain jika mereka memintas kita. Kerana itulah lumrah politik," ujarnya.
BACA: Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
Dalam pada itu, beliau berkata, perkara berkenaan akan menjadi fokus kepada agenda dalam persidangan UMNO musim ini.
"Insya-Allah musim persidangan ini, UMNO akan fokus kepada agenda yang di bawah kawalan kita dan tidak dipacu oleh agenda atau helah orang lain," katanya.
Sebelum ini, Asyraf Wajdi mendesak Bersatu agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan tampil menafikan dakwaan partinya cuba 'membeli' atau 'mencuri' ahli UMNO dan meminta permohonan maaf dibuat serta menarik balik tuduhan tersebut.
Fauzi Suhaimi
Sun Jan 03 2021
Shahril yakin Asyraf mempunyai bukit kukuh dan bersedia kemukakan dalam soal bayaran dan habuan jika tindakan mahkamah dikenakan. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.