awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan ke atas warga asing beli hartanah - PMO

Bernama
Bernama
28/08/2018
22:03 MYT
Tiada sekatan ke atas warga asing beli hartanah - PMO
Untuk warga asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap mereka, ada program tertentu yang diperkenalkan oleh kerajaan. - Gambar hiasan
Pembelian hartanah oleh warga asing, tanpa mengira kewarganegaraan tidak menjamin secara automatik mendapat status penduduk tetap negara ini.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata bahawa Malaysia mengenakan syarat-syarat tertentu berhubung pembelian hartanah oleh rakyat asing dan maklumat mengenai syarat-syarat tersebut boleh diperoleh dalam carian umum.
"Untuk warga asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap mereka, ada program yang diperkenalkan oleh kerajaan dikenali Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)," kata kenyataan itu.
Malaysia mengalu-alukan semua pelancong termasuk dari China dan tiada sekatan yang dikenakan ke atas pelancong asing selagi mereka memenuhi semua keperluan imigresen yang diperlukan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Menurut kenyataan itu, pelancong dari China diberi visa 30 hari sekali masuk ke Malaysia.
"Pada 2017, Malaysia menarik kira-kira 2.3 juta pelancong dari China dan menyasarkan untuk menarik sehingga 10 juta pelancong pada tahun-tahun mendatang," kata kenyataan tersebut.
Malaysia mengulangi bahawa ia mengalu-alukan pelaburan langsung asing yang menyumbang kepada pemindahan teknologi, menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menubuhkan industri, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Imigresen
#kewarganegaraan
#Malaysia Rumah Keduaku
#mm2h
#pejabat perdana menteri
#pelaburan langsung asing
#pelancong
#pembelian hartanah
#Penduduk Tetap
#PMO
#rumah keduaku
#sekatan
#Visa
#warga asing
#warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan