awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat - Azam Baki
Syor EAIC kes kematian dalam tahanan, draf memorandum dikemuka Disember lepas
Pelbagai kaedah pelepasan imigresen disediakan, guna MyNIISe bukan mandatori
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada undang-undang kata pasang bendera terbalik satu kesalahan - Aziz Bari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/08/2019
13:55 MYT
Tiada undang-undang kata pasang bendera terbalik satu kesalahan - Aziz Bari
ABDUL AZIZ: Benda ni terlalu mudah ataupun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada kesalahan. - Gambar fail/BERNAMA
Exco kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Perak itu menganggap isu berkenaan sebagai kecil dan terpencil, tetapi menjadi panas apabila disebarkan menerusi media sosial.
“Benda ni terlalu mudah ataupun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada kesalahan. Ada undang-undang ke yang menyatakan salah pasang bendera terbalik?
“Cuma benda ni jangan dimainkan, jangan dipanaskan lah. Jadi kalau kadang-kadang tersilap kan ataupun terlepas pandang, jadi jangan kata ini perbuatan tidak patriotik (atau) anti itu dan ini. Jangan digambarkan begitu,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya jangan memainkan isu yang remeh sehingga ia menjadi isu agama dan perkauman.
“Jangan anggap benda yang kecil, yang remeh tu, kita mainkan, kita bagi konteks lain, (seperti) konteks kaum, konteks agama. Jadi tak baguslah,” katanya.
BACA: Jalur Gemilang terbalik: KPM akan siasat, ambil tindakan terhadap pembekal
BACA: Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan - KPN
Abdul Aziz ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta wakil-wakil Persatuan Pendidikan di Ipoh Pada Khamis.
Katanya, setakai ini, belum ada laporan bendera Malaysia itu dipasang terbalik di sekolah-sekolah di negeri Perak.
Topic Berkaitan
#abdul aziz bari
#dap perak
#Jabatan Pendidikan Negeri Perak
#Jalur Gemilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan