awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur kejutan jika keluar notis pembekuan akaun - SPRM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/07/2018
04:51 MYT
Tiada unsur kejutan jika keluar notis pembekuan akaun - SPRM
SPRM boleh berunding dengan mana-mana pemilik akaun yang mendapati akaun mereka dibeku. - Foto Bernama
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mengeluarkan sebarang notis pembekuan akaun susulan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata sekiranya notis pembekuan dikeluarkan, ia akan menyebabkan wang tersebut lesap sebelum dibeku.
“Apabila Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB meneliti akaun-akaun dan mengesyaki duit itu masuk dalam mana-mana akaun, kita tidak perlu beri notis kepada pemilik.
“Kalau kita beri notis, ‘habislah’ duit. Di mana unsur kejutan. Siasatan perlu ada unsur kejutan. Apabila individu itu tahu bahawa akaun disekat oleh SPRM atau Jawatankuasa Khas Siasatan, sila tampil kepada kami,” katanya kepada media.
Beliau sebelum itu melancarkan buku ‘Corruption and Crime in Malaysia: Perception or Reality’ karya Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar di sini hari ini.
Menurut Mohd Shukri, SPRM boleh berunding dengan mana-mana pemilik akaun yang mendapati akaun mereka dibeku.
Tegasnya, jika mereka gagal memberi kerjasama yang baik, pihak SPRM dan Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.
Akaun tersebut hanya melibatkan akaun tempatan dan SPRM serta Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB menerima kerjasama baik dengan negara-negara luar seperti Singapura dan Switzerland dalam siasatan tersebut.
Topic Berkaitan
#1MDB
#akaun
#beku
#Datuk Akhbar Satar
#duit
#Jawatankuasa Khas Siasatan
#Mohd Shukri Abdull
#pembekuan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan