Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang percaya isu kenyataannya berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu tidak akan menjejaskan kempen beliau pada pilihan raya umum ke-13.
Penyandang Kerusi Parlimen Batu itu pada masa sama yakin pertuduhan serta dakwaan yang dibuat keatasnya di bawah seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 tidak akan mempengaruhi undi masyarakat di kawasan berkenaan.
Tian Chua berkata sejak isu itu ditimbulkan sokongan pengundi terhadapnya tidak berubah malah semakin bertambah.
"Saya yakin pengundi boleh menilai tuduhan yang dibuat ke atas saya, mereka lebih tahu bahawa ianya tidak benar, fitnah ke atas diri saya. Jadi ia tidak langsung menjejaskan kempen saya." Katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Peguam Eric Paulsen dan Latheefa Koya sebelum itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan pertuduhan serta pendakwaan terhadap Tian Chua.
“Kita memohon agar tuduhan ke atas Tian Chua dibatalkan kerana ia lebih cenderung bermotifkan politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat serta boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang.”
“Kami berkata demikian kerana terdapat banyak kes hasutan yang lebih serius membabitkan pemimpin atau penyokong UMNO yang tidak didakwa di mahkamah,” tambah Paulsen.
Ekoran permohonan itu, Hakim Norsharidah Awang menangguhkan tarikh sebutan kepada 6 Jun bagi memberi ruang kepada Mahkamah Tinggi membuat keputusan.
Pada 14 Mac lalu, Tian Chua didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dituduh membuat kenyataan menghasut berhubung insiden pencerobohan dan pertempuran bersenjata di timur Sabah.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Lima Ribu Ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh turut memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua bersama dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden berkenaan.
Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.
Saman itu difailkan melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mac lepas.
Biarpun berdepan tindakan saman serta kontroversi Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail mengesahkan Tian Chua akan bertanding pada PRU-13 bagi mempertahankan kerusinya di Parlimen Batu.
Harris Hardy Hakim
Fri Apr 12 2013
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Dr Rakyat cabar Nasruddin dan Saifuddin di Indera Mahkota?
Barisan Nasional (BN) Pahang dijangka meletakkan harapan memenangi kerusi panas parlimen P082 Indera Mahkota ditangan Datuk Dr Johan Mat Sah.
Beri peluang Umno terajui BN P. Pinang - Reezal Merican
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada Umno untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.
PR teruskan perhimpunan bantah keputusan PRU-13
Pakatan Rakyat (PR) meneruskan perhimpunan pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)di Stadium Kelana Jaya malam ini.
Bantahan terbuka tidak akan ubah keputusan PRU13 - SPR
Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
PM S'pura ucap tahniah kepada Najib atas kemenangan PRU13
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada PRU-13.
Mukhriz angkat sumpah MB Kedah hari ini
Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Rakyat Cina tidak hargai jasa saya-- Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
BN peroleh majoriti 2/3 untuk tubuh kerajaan Sabah
BN) mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Kemenangan besar buktikan BN masih relevan di Perlis
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Perlis pada PRU-13 semalam membuktikan parti itu masih relevan dan diperlukan rakyat.
BN rampas semula Kedah, gagal di Selangor dan Kelantan
BN berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) namun sekali lagi gagal di Kelantan.