awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak adil dakwa Malaysia alami krisis rasuah - Pengerusi LPPR

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2015
11:49 MYT
Tidak adil dakwa Malaysia alami krisis rasuah - Pengerusi LPPR
Tunku Aziz berkata, kes 1MDB merupakan isu yang belum selesai dan sedang dalam siasatan, tetapi ia tidak bermakna Malaysia sedang mengalami krisis. - Foto Bernama
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini membidas kenyataan Presiden Transparency International, Jose Ugaz yang mendakwa Malaysia sedang mengalami krisis rasuah.
Beliau dengan tegas menyanggah kenyataan Ugaz itu sebagai tidak adil serta tidak munasabah.
"Itu adalah satu komen yang tidak adil dan tidak munasabah. Transparency International telah diberi gambaran yang tidak tepat berkenaan isu itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
LPPR merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau SPRM.
Sambil menempelak kenyataan Ugaz yang merujuk kepada isu kes 1MDB, Tunku Aziz berkata, ia merupakan isu yang belum selesai dan sedang dalam siasatan, tetapi ia tidak bermakna Malaysia sedang mengalami krisis.
Ugaz dalam ucapannya pada majlis perasmian Persidangan Antirasuah Antarabangsa Kali Ke-16 semalam mendakwa Malaysia sedang mengalami krisis rasuah susulan apa yang beliau mendakwa isu "RM2.6 bilion sumbangan yang telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang masih belum terjawab."
Tunku Aziz turut menegaskan bahawa SPRM masih sedang menyiasat kes terbabit.
Justeru, tambah beliau adalah penting untuk setiap pihak yang terbabit diberi ruang bagi menyiapkan siasatan mengikut undang-undang.
"Saya faham kes ini membabitkan jumlah yang besar, tetapi satu siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum tindakan boleh diambil. Kenapa mereka tidak boleh menunggu sehingga siasatan diselesaikan?" soal beliau.
Tunku Aziz berkata, kenyataan Ugaz yang melulu itu tidak boleh diterima sama sekali.
"Jika Najib bersalah dan undang-undang mengatakan bahawa beliau seharusnya diambil tindakan, maka teruskan dengan hukuman tersebut, tetapi kami ingin menegaskan bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Ini adalah asas sistem perundangan," katanya.
Beliau menambah, tidak seharusnya emosi dibenarkan mengaburi matlamat untuk mendapatkan keadilan.
Tunku Aziz berkata, saban tahun, SPRM, menerusi Program Transformasi telah mengalami perubahan yang besar.
Ini boleh dilihat melalui peningkatan kadar sabitan kes dan keyakinan orang ramai ke atas SPRM.
"SPRM pada masa kini berada pada tahap yang paling bebas.
"Terdapat juga badan pengawasan bebas yang memantau prestasinya. Saya berharap insiden seperti ini tidak akan berulang," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Jose Ugaz
#Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
#TI
#Transparency International
#Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan