awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak boleh solat di luar masjid - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
16/05/2020
08:38 MYT
Tidak boleh solat di luar masjid - Ismail Sabri
SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara jelas menyatakan tidak boleh bersolat di luar masjid sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. - Gambar hiasan
Individu yang namanya tidak tersenarai, dilarang untuk hadir atau menunaikan solat di luar masjid, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang perlu dipatuhi, menyatakan tidak boleh bersolat di luar masjid, sepanjang pelaksanaan PKPB.
"Kita telah bersetuju setiap kali solat Jumaat dan sebagainya, pihak polis dan RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) akan berkawal, bagi mengawasi pematuhan SOP di masjid dan surau yang dibenarkan, untuk laksanakan solat berjemaah," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian, susulan terdapat laporan mengenai individu yang tidak berada dalam senarai 30 jemaah, muncul menunaikan solat di luar masjid.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hampir kesemua 25 masjid dan 30 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan, telah mematuhi SOP solat Jumaat semalam.
Ditanya mengenai amalan sesetengah masjid yang menjalankan aktiviti takbir hari raya dari rumah ke rumah, beliau berkata, aktiviti itu tidak dibenarkan pada sambutan Aidilfitri kali ini.
"Kita bimbang terlalu ramai yang berkumpul nanti, kerana mereka bergerak dari rumah ke rumah dan sukar untuk memastikan jarakan sosial," katanya.
Dalam pada itu, Ismail yang juga Menteri Pertahanan turut mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#jemaah
#luar masjid
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#sambutan aidilfitri
#solat
#Solat Jumaat
#takbir raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan