awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak faham langsung atau degil? - KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
20/03/2020
12:20 MYT
Tidak faham langsung atau degil? - KPN
Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memantau sekatan jalan raya di Jalan Kuching pada Jumaat. - Astro AWANI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyuarakan kekecewaan beliau apabila melihat masih ada segelintir rakyat yang tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Abdul Hamid ketika ditemui turut memantau sekatan jalan raya yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa kawasan di ibu negara ketika ini.
"Antara kereta yang melalui sekatan jalan raya, banyak yang membawa keluarga, anak dan isteri serta emak mertua. Apabila ditanya, tujuannya nak pergi makan, nampak mereka ini sama ada tak faham langsung atau memang degil.
"Ini saya katakan kumpulan ini masih lagi menyebabkan perintah ini seolah-olah tidak dihormati, betapa panjangnya jem di belakang ini. Saya yakin sebahagian besar tidak mempunyai sebab yang sahih untuk berada di jalan raya," katanya ketika ditemui.
Tambah Abdul Hamid, PDRM akan terus membuat ratusan sekatan di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media menjelaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerahkan pada Ahad bagi membantu polis mengawal pergerakan rakyat di negara ini.
Keputusan itu dibuat selepas mendapati masih ada segelintir rakyat yang dilihat ingkar kepada perintah kerajaan dalam menurunkan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#Degil
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#koronavirus
#KPN
#menteri
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat
#Sekatan Jalanraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan