awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
03/11/2021
11:21 MYT
Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menyarankan agar Ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana penggunaan ubat antiparasit itu didapati tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-TECH) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.
“Kajian klinikal open-label randomised trial tersebut menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard (kumpulan IVM).
“Ia berbanding dengan hanya penjagaan standard (kumpulan standard of care - SOC) yang berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pesakit COVID-19 di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS 2.0,” jelas kenyataan itu.
Keputusan I-TECH juga selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brazil yang tidak menyokong penggunaan rutin Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.
Menurut penyelidik utama kajian I-TECH, Dr Steven Lim Chee Loon, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, tiada perbezaan ketara didapati dari segi kemasukan ke ICU, penggunaan alat bantuan pernafasan mekanikal, pemulihan simptom, parameter ujian darah dan resolusi imbasan X-Ray dada di antara kedua-dua kumpulan tersebut.
“Kebarangkalian untuk pulih dari gejala sepenuhnya pada hari ke-5 penyertaan di antara kumpulan IVM dengan SOC adalah hampir sama, dimana tiada perbezaan yang signifikan dari segi statistik (p=0.77),” ujarnya.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Berdasarkan hasil kajian I-TECH, Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana Ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk. Kenyataan penuh @DGHisham pic.twitter.com/7ycIyfUSSy
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) November 3, 2021
Untuk itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menyarankan agar Ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berharap dapatan kajian tempatan ini dapat memberi pencerahan kepada pengamal perubatan di Malaysia dan orang ramai yang sering bertanya mengenai keberkesanan Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.
Pengamal perubatan juga diingatkan untuk tidak mengesyorkan penggunaan Ivermectin termasuklah berkongsi pengiklanan mahupun penjualan secara haram Ivermectin dengan tujuan merawat COVID-19 sehingga bukti saintifik yang lebih kukuh tersedia.
Topic Berkaitan
#Ivermectin
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#penyakit berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan