awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2021
10:56 MYT
Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli turut menjunjung kasih atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong yang telah melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan kembali menulis buku selepas tidak lagi menjadi menteri.
Beliau berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di YouTube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.
"Mungkin selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces. Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama," katanya di Twitter.
Beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahannya selama lebih 17 bulan menggalas tugas sebagai menteri.
"Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang 17 bulan 6 hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua," katanya lagi.
Zulkifli turut menjunjung kasih atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri.
Beliau bersama anggota jemaah kabinet meletak jawatan pada Isnin susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang apabila beliau (Muhyiddin) terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO pada awal Ogos.
Mungkin selepas ini saya lebih aktif di Youtube Channel dan Twitter Spaces! Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama.
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 16, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#hal ehwal agama
#JPM
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin letak jawatan
#Ahli Parlimen Umno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan