KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mungkin sedia menimbang menjalin hubungan rasmi dengan Israel selagi rejim itu tidak mengubah dasarnya serta mengiktiraf kemerdekaan Palestin, menurut seorang ahli akademik.
Pensyarah Sekolah Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Azizuddin Mohd Sani berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan berita antarabangsa menyatakan, Israel berminat untuk menjalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei, meskipun ketiga-tiga negara mengutuk serangan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza pada Mei lalu.
Beliau berkata, pendirian Malaysia mengenai isu Palestin-Israel sentiasa tegas dan jelas.
Jika Israel mahu melihat perubahan dalam pendirian Malaysia, ia mesti membuktikan bahawa Israel menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung kedaulatan Palestin serta berusaha menyelesaikan kemelut yang berpanjangan itu.
"Saya fikir Malaysia akan mengubah pendekatan dan mengiktiraf Israel andai Israel meninggalkan dasar aparteid ke atas Palestin dan rakyatnya. Kemudian kita boleh berbincang. Ketika ini, saya ragui ia boleh berlaku. Ia jelas," katanya kepada Bernama.
Azizuddin turut percaya rejim itu berusaha mengubah imejnya di seluruh dunia terutama dalam kalangan negara Islam, selepas pencerobohan terbarunya ke atas Semenanjung Gaza pada Mei.
"Dasar Israel ketika ini adalah berusaha menjalin hubungan diplomatik dengan seberapa banyak negara Islam yang boleh. Ia mahu supaya banyak negara Islam menerima negara Israel itu.
"Bagaimanapun, banyak negara Islam termasuk Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel. Mungkin ini sebabnya mengapa mereka cuba menjalin hubungan dengan kita," katanya.
Pada 17 Jun, Reuters dalam temuramah dengan Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, melaporkan Israel berminat untuk menjalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei, tiga negara yang didiami majoriti penduduk Islam di Asia Tenggara, meskipun ketiga-tiga negara ini mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk serangan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Karni dipetik sebagai perkara, kritikan daripada pemimpin tiga negara itu 'tidak jujur' dan mengetepikan 'hakikat sebenar konflik' iaitu sengketa Israel dengan Hamas, bukan ke atas penduduk Palestin.
"Kami sedia berbincang, kami sedia bertemu dan apa yang saya tahu, pintu sentiasa terbuka. Saya tidak merasakan bahawa susah untuk mencari kami," katanya.
Ketika ini Israel mempunyai kedutaan di Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.
Tahun lalu, Israel menjalin hubungan rasmi dengan empat negara Arab - Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi menerusi perjanjian yang ditaja Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Azizuddin berkata, pendirian Malaysia mengenai isu Palestin-Israel sentiasa tegas dan jelas. - Gambar fail
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Skuad hoki ais negara tekad buru pingat sulung di Kuwait
Penolong pengurus pasukan kebangsaan Muhd Fadzli Amin Muhd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai skuad kebangsaan.
Zeppo Youngsters perkenalkan Malaysia melalui tarian
Zeppo Youngsters berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara pertandingan 'Super 24' pada tahun lepas.
Haram puasa pada 1 Syawal - Jakim
Walaupun umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri pada Rabu, terdapat segelintir yang memilih untuk meneruskan puasa dan menyambut Syawal pada Khamis.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Malaysia berada di landasan untuk jadi negara berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini - AMRO
Malaysia disokong oleh aliran masuk FDI yang kukuh dan sektor pembuatan yang rancak terutama dalam industri semikonduktor.
Tesla Malaysia akan pertontonkan Cybertruck tidak lama lagi
TESLA Malaysia kini berkongsi menyatakan Tesla Cybertruck akan dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi mungkin sekitar bulan Mei kelak.
300,000 al-Quran terjemahan dicetak, diedar ke beberapa negara sejak tahun lepas
Sebanyak 300,000 naskhah al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa telah diedarkan ke beberapa negara oleh kerajaan.
Malaysia sedia berikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan rakyat Palestin
Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.