awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta

Bernama
Bernama
25/10/2024
14:00 MYT
Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
JKNPP mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sejak Januari hingga 30 Sept lepas. - Gambar fail/BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sejak Januari hingga 30 Sept lepas.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Alias Abd Aziz berkata notis dikeluarkan kepada pemilik premis dan individu yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 termasuk merokok di kawasan larangan merokok di seluruh Pulau Pinang.
"Sepanjang tempoh sama, JKNPP telah memeriksa 7,447 premis selain merampas dan menyita hasil tembakau kerana pelbagai kesalahan di bawah peraturan itu membabitkan nilai RM11,413.45.
"JKNPP akan terus mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa 1 Okt lepas dari semasa ke semasa," katanya pada Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 Peringkat Pulau Pinang di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Berapit hari ini.
Operasi itu disertai 113 pegawai dan anggota JKNPP bersama-sama Polis Diraja Malaysia, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Alias berkata operasi berkenaan bertujuan mengurangkan kesan buruk amalan merokok yang berleluasa, termasuk aktiviti pemasaran dan promosi tidak beretika yang disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja.
Sementara itu, Ketua Cawangan Inspektorat dan Perundangan JKNPP Mohamad Naim Mohamad Rasidi yang mengetuai dua operasi hari ini berkata 175 premis diperiksa dan tiga notis dikeluarkan menerusi Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 berkenaan.
Beliau berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan antaranya di restoran, kedai serbaneka, klinik, tempat kerja, hentian pengangkutan awam dan medan selera selain memberi penerangan serta advokasi kepada pemilik premis berkaitan akta tersebut.
Akta 852 mula dikuatkuasakan serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya pada 1 Okt lepas melibatkan beberapa aspek seperti peruntukan penjualan produk merokok berbentuk permainan serta peruntukan melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok selain tempat larangan penjualan merokok termasuk institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKNPP
#Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
#notis
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan