MALAYSIA
Tidak perlu boikot TikTok, maklumat berkaitan Palestin masih bebas - BDS Malaysia

Menurut Nazari, walaupun pihak Barat berusaha untuk menyekat kandungan berkaitan dengan Palestin namun usaha tersebut disifatkannya sia-sia. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Aplikasi TikTok tidak perlu disekat atau diboikot setakat ini kerana kandungan mengenai kekejaman zionis Israel terhadap warga Palestin masih boleh ditonton.
Ringkasan AI
- BDS Malaysia berpandangan TikTok masih relevan dalam menyebarkan maklumat tentang kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin.
- Boikot atau sekatan terhadap TikTok dianggap merugikan rakyat Malaysia yang aktif menyebarkan isu Gaza.
- Walaupun ada usaha Barat untuk menyekat kandungan pro-Palestin, beliau percaya ia tidak berkesan.
Menurutnya, walaupun pihak Barat berusaha untuk menyekat kandungan berkaitan dengan Palestin namun usaha tersebut disifatkannya sia-sia.
“Walaupun usaha mereka (pihak Barat) untuk menyekat itu sedang dilakukan tetapi ia tidak berjaya. Kita dapati dalam TikTok banyak kandungan yang menyebarkan maklumat yang perlu diketahui umum tentang kezaliman Zionis (Israel) terhadap warga Palestin, jadi kalau kita tarik lesen itu atau kita sekat mereka ini akan merugikan kita.
“Oleh kerana itu saya rasa kita tidak perlu melakukan tindakan yang drastik untuk mengatakan mengajak orang-orang Malaysia untuk memboikot TikTok dan sebagainya,” katanya semasa wawancara di Buletin AWANI pada Isnin.
Beliau berkata demikikan susulan TikTok melantik Erica Mindel, yang juga bekas jurulatih tentera Israel (IDF), sebagai Pengurus Dasar Awam baharu untuk Ucapan Kebencian.
Pada Ahad, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau telah menghantar mesej kepada Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew mengenai berita pelantikan itu, bagi menyuarakan kebimbangan dan ketidakpuasan hati Malaysia terhadap pelantikan itu.
Menurut Fahmi, Zi Chew memberikan jawapan yang bersifat hubungan awam dan menyatakan bahawa pelantikan tersebut hanya melibatkan operasi di New York dan tiada kaitan dengan rantau Asia.
Nazari juga berpendapat kenyataan Fahmi adalah berpatutan dan tidak keterlaluan malah optimis dengan tindakan pihak Barat untuk menyekat maklumat mengenai isu di Palestin di media sosial tidak akan berjaya.
"Kenyataan Fahmi itu saya rasa memang patut dinyatakan kerana memandangkan motif mereka adalah untuk menyekat maklumat tentang kezaliman Israel berleluasa di dalam media sosial,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami