awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/02/2025
09:02 MYT
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau situasi semasa menjelang perayaan Thaipusam Selasa ini di kuil Hindu Batu Caves. fotoBERNAMA
GOMBAK: Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan selagi niatnya untuk menyantuni masyarakat lain yang berbilang agama dan bangsa.
Katanya lagi, mesyuarat Kabinet yang berlangsung awal hari ini telah memutuskan tiada keperluan untuk mengeluarkan garis panduan yang spesifik.
“Saya berpendapat (garis panduan) tidak perlu kerana orang Islam tahu garis dia. Dia datang macam saya ke acara ini saya bukan masuk upacara agama … (Menteri Digital) Gobind Singh, dia sering ke masjid di kawasan dia tapi (bukan) upacara agama. Jadi kita biasa.
“Jadi jangan jangan persulitkan, jangan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat ini. ini Saya nak tegaskan keputusan muktamad Jemaah Menteri pagi tadi,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika temui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kuil Batu Caves di sini pada Jumaat.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan bersama berkata, dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.
Mereka berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa JAKIM boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini, namun nasihat itu tidak bersifat dasar.
Dalam pada itu Perdana Menteri menegaskan, biarpun Perlembagaan telah menggariskan Islam sebagai agama persekutuan, namun semua pihak perlu dijaga demi keharmonian negara.
Beliau berkata, keputusan Jemaah Menteri akan dipersembahkan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam
#Mohd Na'im Mokhtar
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami