awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tidak perlu kotak hitam'

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
04/06/2013
23:28 MYT
'Tidak perlu kotak hitam'
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi menolak pemasangan kotak hitam pada bot ekspres seperti yang digunakan pesawat penerbangan.
Tegasnya, pemasangan itu tidak relevan dan hanya wajar diletakkan pada enjin yang canggih.
“Bot laju (ekspress) bukan canggih sangat. Enjinnya biasa saja. Tidak seperti jet,”
“Jadi pemasangan kotak hitam itu tidak perlu, kerana bot karam biasanya terlebih muatan. Apabila bot terlebih muatan dan terlanggar batu, ia akan karam. Jadi ada kotak hitam atau tidak sama saja,” jelasnya ketika ditemui Astro AWANI.
Beliau mengulas cadangan pengunaan kotak hitam pada bot ekspres.
Kotak hitam merupakan alat rakaman yang digunakan dalam bidang pengangkutan bagi merakam data perjalanan.
Tambah Alexander apa yang penting adalah sikap tanggungjawab semua pihak yang terlibat menggunakan perkhidmatan bot ekspress tersebut.
Ini termasuk pengusaha bot penumpang dan juga pihak berkuasa.
“Keselamatan itu amat ditekankan. Kita di Sarawak ada Lembaga Sungai Sarawak (LSS) badan berkuasa yang memantau serta menyelaras sebaik mungkin perkhidmatan bot,” kata Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit.
“LSS harus lebih efisyen dan tegas dalam menjalankan tugas. Ini termasuk pengusaha dan juga penumpang bot. Tanamkan sikap tanggungjawab dalam diri bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Datuk Alexander Nanta Linggi
#kotak hitam
#menteri pembangunan luar bandar dan wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan