KUANTAN: Keperluan mendapatkan tandatangan wakil rakyat pada borang permohonan biasiswa dan pinjaman pendidikan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang (YP) telah dimansuhkan bermula tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata tindakan itu bertujuan memudahkan pelajar yang mahu memohon biasiswa atau pinjaman tersebut selain turut memudahkan wakil rakyat agar tidak lagi perlu menandatangani borang itu.
"Pemohon telah dibenarkan untuk membuat permohonan secara online (dalam talian). Saya harap wakil rakyat di sini boleh beritahu anak-anak kita di kawasan masing-masing untuk buat permohonan secara online," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian semasa menjawab soalan Rosli Abdul Jabar (PN-Tanjung Lumpur) yang memohon penjelasan mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak diberikan kelayakan menandatangani borang biasiswa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Jawapan Wan Rosdy mendapat pujian Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin kerana beliau juga pernah 'mengambil masa lama untuk menandatangani borang berkaitan pendidikan kerana jumlahnya yang bertimbun' semasa menjadi ADUN Lanchang.
Sejak penubuhan YP pada 1983 hingga tahun lepas, Wan Rosdy berkata sebanyak RM1.4 bilion telah disalurkan bagi tujuan pendidikan yang memanfaatkan lebih 1.7 juta penerima.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengakui pernah mendapat pinjaman pendidikan YP namun 'ditukar' menjadi biasiswa kerana cemerlang akademik sebelum mengemukakan soalan tambahan jika kemudahan itu turut ditawarkan kepada penjawat awam yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat sarjana atau doktor falsafah.
Wan Rosdy menjawab perkara itu boleh dipertimbangkan menerusi perbincangan Lembaga Pengarah YP dan boleh diluluskan jika ia memberikan manfaat kepada kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Sejak penubuhan YP pada 1983 hingga tahun lepas, Wan Rosdy berkata sebanyak RM1.4 bilion telah disalurkan bagi tujuan pendidikan yang memanfaatkan lebih 1.7 juta penerima. - Fail/Astro AWANI
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Tidak perlu tandatangan wakil rakyat dalam borang permohonan biasiswa pendidikan Pahang
Keperluan mendapatkan tandatangan wakil rakyat pada borang permohonan biasiswa dan pinjaman pendidikan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang (YP) telah dimansuhkan bermula tahun ini.