GEORGE TOWN: Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berpandangan tidak perlu terburu-buru mengeluarkan fatwa tentang hukum makan daging kultur sehingga diketahui secara jelas sumber sel tunjang atau penumbuhan tisu daging tersebut.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, jawatankuasa itu juga akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur itu serta kesannya ke atas kesihatan manusia sebelum mengeluarkan fatwa.
"Fatwa dalam isu sedemikian perlu didasarkan kepada beberapa kaedah fiqh seperti 'Ad-dharar yuzal' (menghindari kemudaratan), 'dar’ul mafsadah muqaddam ‘ala jalbil maslahah' (penyingkir kerosakan didahulukan daripada memperoleh kepentingan) dan sebagainya.
"Di samping itu, kita juga perlu menunggu fatwa atau pandangan daripada institusi-institusi fatwa berwibawa di peringkat global tentang isu tersebut seperti Asembli Fatwa Sedunia, Lembaga Fatwa Mesir di Universiti al-Azhar dan seumpamanya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kata Wan Salim lagi, buat masa kini, Malaysia masih belum terdesak untuk mengeluarkan fatwa dalam isu berkenaan.
"Saya rasa, dalam konteks Malaysia, kita masih belum terdesak untuk mengeluarkan fatwa yang muktamad dalam isu daging kultur ini," tambahnya.
Pada Sabtu, sebuah agensi berita Singapura melaporkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati bahawa daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat.
Keputusan mengeluarkan fatwa tersebut sejajar dengan peningkatan penekanan sejagat terhadap pengeluaran makanan mampan.
Pada masa sama, ia juga bertujuan menangani kebimbangan masyarakat Islam mengenai memakan produk makanan baru seperti daging kultur. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024
Wan Salim (gambar kecil) berkata, jawatankuasa itu akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Tidak perlu terburu-buru keluar fatwa hukum makan daging kultur
Jawatankuasa itu juga akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur itu serta kesannya ke atas kesihatan manusia sebelum mengeluarkan fatwa.