GEORGE TOWN: Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berpandangan tidak perlu terburu-buru mengeluarkan fatwa tentang hukum makan daging kultur sehingga diketahui secara jelas sumber sel tunjang atau penumbuhan tisu daging tersebut.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, jawatankuasa itu juga akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur itu serta kesannya ke atas kesihatan manusia sebelum mengeluarkan fatwa.
"Fatwa dalam isu sedemikian perlu didasarkan kepada beberapa kaedah fiqh seperti 'Ad-dharar yuzal' (menghindari kemudaratan), 'dar’ul mafsadah muqaddam ‘ala jalbil maslahah' (penyingkir kerosakan didahulukan daripada memperoleh kepentingan) dan sebagainya.
"Di samping itu, kita juga perlu menunggu fatwa atau pandangan daripada institusi-institusi fatwa berwibawa di peringkat global tentang isu tersebut seperti Asembli Fatwa Sedunia, Lembaga Fatwa Mesir di Universiti al-Azhar dan seumpamanya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kata Wan Salim lagi, buat masa kini, Malaysia masih belum terdesak untuk mengeluarkan fatwa dalam isu berkenaan.
"Saya rasa, dalam konteks Malaysia, kita masih belum terdesak untuk mengeluarkan fatwa yang muktamad dalam isu daging kultur ini," tambahnya.
Pada Sabtu, sebuah agensi berita Singapura melaporkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati bahawa daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat.
Keputusan mengeluarkan fatwa tersebut sejajar dengan peningkatan penekanan sejagat terhadap pengeluaran makanan mampan.
Pada masa sama, ia juga bertujuan menangani kebimbangan masyarakat Islam mengenai memakan produk makanan baru seperti daging kultur. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024
Wan Salim (gambar kecil) berkata, jawatankuasa itu akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur itu.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
[TERKINI] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Tidak perlu terburu-buru keluar fatwa hukum makan daging kultur
Jawatankuasa itu juga akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur itu serta kesannya ke atas kesihatan manusia sebelum mengeluarkan fatwa.