awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

Bernama
Bernama
29/05/2024
05:30 MYT
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kesemua suspek ditahan anggota TLDM selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Kesemua mereka yang berumur antara 21 hingga 36 tahun itu ditahan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas ketika berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk utama PHN.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima panggilan daripada pegawai bertugas di PHN pada 8 malam, 26 Mei lepas berhubung kejadian itu sebelum mengarahkan anggota kereta peronda yang berdekatan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kesemua suspek ditahan anggota TLDM selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk utama PHN dan berpura-pura mengambil gambar.
"Suspek ditahan anggota TLDM yang kemudiannya memaklumkan kepada polis untuk tangkapan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya kesemua suspek direman tiga hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pencerobohan.
Cha berkata siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesahkan ketulinan pasport, permit dan pergerakan keluar masuk kesemua suspek ke Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah masuk
#Pusat Hidrografi Nasional
#Cha Hoong Fong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan