Buat masa ini, tiada keperluan untuk mempunyai undang-undang persendirian untuk menangani pornografi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
"Buat masa ini, kita mempunyai undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan untuk menangani kes-kes sedemikian," kata Nancy yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nancy menjawab gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikutan berita sabitan Nur Fitri Azmeer Nordin di United Kingdom kerana memiliki pornografi kanak-kanak.
Sebuah NGO, Wanita Ikram, menggesa kerajaan untuk menggubal undang-undang khusus untuk menyekat pornografi di Malaysia.
Dalam kempen antipornografi yang dilancarkan Ahad lepas, ia juga berharap kerajaan akan melihat dengan serius berhubung peraturan lebih ketat ke atas pemilikan dan pengedaran bahan-bahan pornografi.
Bagaimanapun, berhubung pedofilia, Nancy berkata sudah tiba masanya untuk meneliti undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak untuk membuat pindaan yang perlu jika diperlukan.
Berhubung keputusan membebaskan pesalah rogol membabitkan kanak-kanak di bawah umur, Nancy yang melahirkan rasa sedih berhubung keputusan itu meminta kerajaan memohon satu semakan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan.
Bunya Jalong, 60, dibebaskan Khamis lepas selepas Mahkamah Rayuan mendapati empat sabitan rogolnya "tidak kukuh".
Dia disabitkan kesalahan itu pada tahun 2013 kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa itu mengandung dan melahirkan seorang bayi di Hospital Sibu pada 5 Feb, 2012.
"Jika ada sebarang kelemahan dalam undang-undang kita, sudah tiba masanya untuk pindaan yang perlu dilakukan," katanya.
Nancy berkata beliau secara peribadi mengambilnya sebagai satu tanggungjawab untuk memastikan undang-undang ini dipinda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa masyarakat.
"Kerajaan sebenarnya merangka pindaan kepada undang-undang yang berkaitan," katanya.
Berikutan perkembangan terbaru itu, beliau berkata, pindaan seterusnya nampak perlu memandangkan pelbagai agensi kerajaan mengkaji dengan serius undang-undang lain yang berkaitan, membabitkan bahan-bahan lucah termasuk pornografi melibatkan orang muda dan kanak-kanak.
Berhubung penubuhan sebuah pendaftaran bagi pesalah seks, Nancy yang menyokong cadangan itu berkata kajian mendalam mengenai cara pendaftaran itu akan dilakukan dan disenggarakan perlu dijalankan.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai Akta Pendaftaran bagi Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 di mana rogol, seks oral atau liwat dengan kerelaan dimasukkan. Ia tidak termasuk orang yang disabitkan atas kesalahan seks oral atau liwat tanpa kerelaan.
Nancy berkata mahkamah juga boleh memerintahkan seseorang yang mempunyai sabitan sebelum ini untuk diletakkan di bawah pengawasan polis untuk tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih tiga tahun, bermula sebaik sahaja tamat tempoh hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
Bernama
Wed May 13 2015
NANCY: Buat masa ini, kita mempunyai undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan untuk menangani kes-kes sedemikian. - Gambar Fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Bayi dua bulan maut di taska, JKM sita premis - Nancy Shukri
JKM akan mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, yang terbabit dalam kejadian kematian bayi berusia dua bulan, Selasa lalu.
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Tidak perlu undang-undang persendirian tangani pornografi - Nancy Shukri
Tiada keperluan untuk mempunyai undang-undang persendirian untuk menangani pornografi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Selangor rekod kes bankrap tertinggi pada tahun lepas - Nancy Shukri
Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.