Mesyuarat perwakilan bahagian Umno yang bermula sejak 27 Julai lalu, berakhir hari ini dengan Umno Bahagian Pekan merupakan paling akhir bermesyuarat.
Ia sekaligus melengkapkan kesemua 191 bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing.
UMNO Pekan antara bahagian yang mendapat kebenaran bermesyuarat melepasi tarikh akhir yang ditetapkan pada 31 Ogos selepas mengambil kira komitmen ketua bahagian Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden parti dan perdana menteri.
Najib, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan, seterusnya menegaskan: "seumur hidup saya dah bertanding banyak jawatan tapi tidak pernah saya beli perwakilan...saya tidak pernah buat. Kalau ada yang kata saya buat demikian, itu adalah fitnah."
Beliau berkata segala tindakan yang diambil adalah bertujuan mengukuhkan parti supaya dapat terus bergerak ke hadapan.
Najib menarik perhatian bahawa adalah tidak wajar untuk menyamakan cara kepimpinan beliau dengan pemimpin terdahulu kerana masing-masing mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menerajui parti.
Persidangan perwakilan bahagian tahun ini cukup menarik kerana sebahagian besarnya berlangsung kebetulan selepas rombakan kabinet oleh Najib, 28 Julai lepas.
Rombakan itu menyaksikan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tidak lagi menjadi anggota jemaah menteri.
Ia sekaligus menambahkan warna-warni persidangan bahagian kali ini.
Perkembangan itu menarik perhatian kalangan anggota UMNO serta pemerhati politik berhubung "siapa rasmi bahagian mana, apa yang perasmi itu bercakap dan apakah usul yang dibawa oleh bahagian".
Pelantikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian.
Bagaimanapun, secara keseluruhan, kesemua mesyuarat berlangsung mengikut jadual dan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Rata-rata ucapan perbahasan banyak menyentuh mengenai cabaran ekonomi, politik dan isu-isu semasa walaupun terdapat sebahagian kecil sahaja perbahasan yang dianggap "panas".
Timbul juga sedikit kegusaran di kalangan anggota parti apabila terdapat desas-desus kononnya Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dipecat daripada jawatan parti masing-masing.
Namun, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Rabu lepas menjawab segala khabar angin itu apabila isu pemecatan langsung tiada dalam agenda mesyuarat.
Bukan sahaja Muhyiddin dan Mohd Shafie hadir pada mesyuarat itu, malah Muhyiddin duduk di sebelah Najib semasa sidang akhbar kemudian.
Mohd Shafie turut hadir pada sidang akhbar itu dengan duduk sebaris bersama dua lagi naib presiden parti.
Mesyuarat itu dilihat dapat merapatkan lagi saf kepimpinan tertinggi parti, iaitu suatu perkembangan positif yang dinanti-nantikan kalangan anggota parti serta pemerhati politik.
Komitmen yang diberikan Muhyiddin dan Mohd Shafie untuk meneruskan perjuangan demi kepentingan UMNO walaupun mereka tidak lagi berada di dalam kerajaan pusat bakal mengukuhkan lagi parti.
Shuhami Zabri
Sat Sep 12 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) mengetuai laungan 'Hidup UMNO' ketika menyampaikan ucapan amanat pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan hari ini. -Gambar Bernama
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.