awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'

Shafizan Johari
Shafizan Johari
30/07/2019
23:09 MYT
Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
Al-Sultan Abdullah berkenan memimpin tangan Tunku Hajah Azizah untuk berangkat keluar dari Balairung Seri, Istana Negara selepas istiadat pertabalan baginda, 30 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
"CINTA di padang polo!"
Itu titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mengenang permulaan jalinan percintaan baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.
Titah baginda, disebabkan ayahanda baginda terlalu tegas, baginda tidak pernah keluar berjanji temu dengan Tuanku Agong.
"Saya jumpa Tuanku (Agong) umur 12 tahun, Tuanku berumur 13 tahun dan kita dapat berjumpa kerana Johor dan Pahang selalu berlawan polo," titah baginda dalam satu wawancara bersama kumpulan wartawan tempatan baru-baru ini.
Wawancara itu dimuat naik menerusi laman YouTube Utusan Online.
Tunku Azizah ialah puteri kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, iaitu Yang di-Pertuan Agong kelapan. Almarhum merupakan Sultan Johor ke-24 sebelum mangkat pada Januari 2010.
Tuanku Agong ialah anakanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, iaitu Yang di-Pertuan Agong ketujuh. Almarhum merupakan Sultan Pahang dari 1974 sehingga Januari 2019. Baginda mangkat pada 22 Mei 2019.
BACA: #AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan
Tunku Azizah bertitah, disebabkan kekangan teknologi, baginda berdua hanya berutus surat untuk saling berhubung dan menariknya, surat-surat berkenaan masih disimpan.
"Masa tu Tuanku berangkat belajar ke England, telefon mahal masa itu. Tuanku akan menelefon sekali sebulan, tetapi antara tempoh itu tulis surat lah."
View this post on Instagram
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2019 - Detik manis hanya beberapa minit di dalam bilik Seri Maharaja sebelum Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara berlangsung. © Jabatan Penerangan Malaysia | Nur Jumi Khuzaimah #pertabalanagong #agong #royalfamily #sultanpahang #unitfotojapen #photography #pressphoto #press #picture #journalist #photojournalism #malaysia #malaysiaphoto #reportage #onassignment #worldphoto #worldtopphotography #photooftheday #photooftheweek #photooftheyear #photooftheworld
A post shared by FOTOPENERANGAN MALAYSIA (@fotopenerangan) on
Jul 30, 2019 at 4:33am PDT
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga bertitah bahawa Tuanku Agong merupakan seorang yang pemalu.
"Tuanku (Agong) masa saya berkenalan pandai menulis surat tetapi apabila berjumpa senyap.
"Jadi apabila jumpa di padang polo, tengok-tengok sahajalah."
Titah baginda, baginda dan Tuanku Agong adalah sahabat baik yang boleh berbincang mengenai apa-apa juga perkara.
Ditanya apakah gelaran panggilan yang sering digunakan oleh pasangan diraja berkenaan, titah Raja Permaisuri Agong, "Saya panggil (Tuanku Agong) 'Alam'. Nama timangan Tuanku ialah 'Alam'.
"Itu sebab saya namakan (putera saya) (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena nama ayahandanya."
Titah Raja Permaisuri Agong, baginda berdua selesa menggunakan nama timangan kerana sudah berkenalan sejak kecil lagi.
"Tuanku Agong panggil saya Ji."
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Azizah
#Pertabalan
#AgongKita
#Agong Kita
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Tunku Azizah
#Pahang
#diraja
#kekangan teknologi
#surat cinta
#padang polo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan