TIDAK berpuas hati wasiat yang ditinggalkan, seorang anak sanggup bakar kubur arwah ayahnya.

Barangkali jika ayahnya masih hidup, mungkin dia akan meluahkan perasaan marah dan meminta ayahnya menukar wasiat.

Tular tentang kisah seorang pemuda di Jakarta, Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan, lapor Suara.com pada Ahad.



Menerusi rakaman video yang dimuat naik di @nenk_updatee, seorang lelaki dilihat turun daripada kenderaan membawa tong yang dipercayai berisi minyak tanah sebelum menuju ke arah sebuah tapak kubur.

Apabila tiba di kubur ayahnya, lelaki itu bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak dan melemparkan mancis berapi ke atasnya.

Tidak cukup dengan membakar kubur, dia turut bertindak ganas dengan memecahkan batu nisan kubur ayahnya.

Menurut sumber, lelaki itu sudah beberapa kali cuba membakar kubur bapanya itu namun berjaya dihalang orang kampung.

“Anak arwah dikhabarkan marah dengan wasiat yang ditinggalkan bapanya kerana berasakan ia tidak adil,” ujar sumber berkenaan. 

Mingguan Wanita : Apa agaknya yang membuatkan pemuda ini nekad melakukan tindakan sedemikian. Harap dia menyesal perbuatannya itu.

Sumber : Kosmo Online

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.