awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Tenom diisytihar kawasan bencana banjir dan tanah runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sedar keluar dari rumah, kanak-kanak tiga tahun ditemui lemas di tali air

Bernama
Bernama
26/04/2021
15:54 MYT
Tidak sedar keluar dari rumah, kanak-kanak tiga tahun ditemui lemas di tali air
Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 4.33 petang hasil maklumat orang awam mengenai kejadian tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Tin, Melor, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 4.33 petang hasil maklumat orang awam mengenai kejadian tersebut.
Beliau berkata sebaik menerima laporan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Melor bergegas ke lokasi kejadian.
"Mangsa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah keluarganya.
"Pihak bomba telah membawa mayat mangsa ke tebing, namun petugas Klinik Kesihatan Mahligai mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Rahim berkata kali terakhir Muhammad Huffaz dilihat oleh neneknya kira-kira 3 petang ketika sedang bermain di dalam rumah.
"Polis juga mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ke atas mayat kanak-kanak terbabit dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Beliau berkata berdasarkan laporan, ahli keluarga mangsa tidak sedar bahawa Muhammad Huffaz telah keluar dari rumah sehingga dimaklumkan oleh seorang jiran pada 4.45 petang.
Abdul Rahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak tiga tahun
#lemas
#Tali air
#Kampung Kubang Tin
#melor
#Kota Bharu
#maut
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan