KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.
Beliau memberitahu, Kanun Jenayah Syariah tetap penting mengekang perlakuan jenayah berkaitan.
"Peranan undang-undang untuk membendung perlakuan jenayah... Ada undang-undang pun masih banyak kes... kalau tidak ada (undang-undang), lagi banyak.
"Kita tidak boleh 'argue' undang-undang tidak berjaya kerana kita perlukan undang-undang itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa Kelantan merupakan antara negeri yang merekodkan kes jenayah seksual kanak-kanak yang tinggi, walaupun negeri itu mempunyai Kanun Jenayah Syariah.
Saifuddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mencadangkan negara perlu mengamalkan undang-undang syariah untuk mencegah kes jenayah seksual kanak-kanak.
Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut memberi contoh, undang-undang berkaitan dadah walaupun sudah dikuatkuasakan, namun jenayah itu belum ada jalan penyelesaian.
"Menteri berkenaan tidak perlu mengkritik undang-undang yang ditetapkan sebaliknya mendidik masyarakat menghormati undang-undang," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut terlibat secara langsung dalam proses menentukan enakmen atau kanun jenayah di negeri ini.
Katanya, undang-undang atau enakmen yang digubal perlu melalui MAIK sebelum mendapat pandangan Jemaah Ulama.
"Selepas semakan dan puas hati, kita angkat semula kepada MAIK untuk tindakan seterusnya," katanya.
Mohamad Shukri sebelum itu hadir mengiringi Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz merasmikan Maahad Tahfiz Al-Quran (Perempuan) MAIK di Pendek.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 02 2024
![Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650876245_MuftiKelantanDatu.jpg)
Mohamad Shukri berpandangan, Kanun Jenayah Syariah tetap penting mengekang perlakuan jenayah berkaitan. - Gambar fail/Bernama
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650876245_MuftiKelantanDatu.jpg)
Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti
Mufti Kelantan berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.
![Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah
Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai bidang kuasa menggubal 18 peruntukan undang-undang itu.
![Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569455958_NikMohdAmarNikA.jpg)
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.