awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak terlintas fikiran jenayah rogol dan bunuh di sekolah - Pemuda UMNO Johor

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2025
10:32 MYT
Tidak terlintas fikiran jenayah rogol dan bunuh di sekolah - Pemuda UMNO Johor
Noor Azleen menyuarakan kebimbangan mengenai pelbagai bentuk jenayah berat yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini melibatkan pelajar. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyuarakan kebimbangan serius terhadap siri jenayah berat yang berlaku di beberapa sekolah sejak kebelakangan ini, termasuk kes rogol dan bunuh melibatkan pelajar.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata insiden tersebut mencerminkan kegagalan sistemik institusi pendidikan negara yang perlu ditangani segera.
"Sekolah seharusnya kawasan paling selamat untuk pelajar, namun kini tidak terlepas ancaman jenayah seberat rogol dan bunuh, sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.
"Sistem pendidikan yang sepatutnya membimbing dan melindungi generasi masa hadapan kini terpalit unsur jenayah sekali gus mencemarkan nilai kemanusiaan dan moral.
"Perkembangan ini adalah satu 'wake-up call' kepada seluruh masyarakat, ini adalah fenomena wabak sosial," jelas Noor Azleen menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Seterusnya Noor Azleen turut menzahirkan keyakinan dengan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendesak semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan.
"Ini bukan masa menuding jari atau mencari salah, sebaliknya kita perlu bersatu, mengambil tindakan dan menjadi masyarakat yang prihatin serta saling ambil peduli.
"Daripada Kementerian Pendidikan, ibu bapa, guru, kakitangan sekolah dan semuanya perlu memainkan peranan.
"Kembalikan sekolah sebagai kawasan selamat, bukan sahaja daripada segi fizikal, tetapi juga aspek moral dan emosi pelajar," ujar Noor Azleen.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah dalam satu kejadian kira-kira jam 9.10 pagi, Selasa.
Setakat ini, polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut, turut dirampas dua senjata tajam.
Suspek dipercayai akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
Dalam perkembangan lain, empat orang pelajar merogol bergilir-gilir seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka pada 2 Oktober lalu.
Lembaga Tatatertib Sekolah memutuskan mereka semua dibuang sekolah.
Topic Berkaitan
#kes rogol sekolah
#kes bunuh sekolah
#Noor Azleen Ambros
#Pemuda UMNO Negeri Johor
#pelajar maut ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami