Tidak timbul isu mengharamkan makanan yang sudah sedia dikenali di negara ini, termasuk hot dog, susulan kontroversi melibatkan premis perniagaan Auntie Anne's yang viral di media sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim serta Majlis Agama tidak berniat untuk mengharam atau menyekat penjualan makanan berkenaan.
"Saya nak tegaskan sebab ada pertanyaan di Dewan Rakyat tadi yang disimpulkan daripada isu yang diviralkan, disebabkan oleh penggunaan nama yang tidak bersesuaian, contohnya 'hot dog' dan sebagainya.
"Saya nak tegaskan tidak timbul Jakim, Majlis Agama mahu mengharamkan makanan yang sudah sedia dikenali termasuk hot dog," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata apa yang penting ialah tumpuan daripada sudut kandungan bahan makanan itu.
"Jadi, apa yang penting kita fokus dari sudut kandungan bahan pemakanan tersebut, bukan menilai dari sudut nama.
Walau bagaimanapun, tegasnya, nama makanan juga perlu mempunyai nilai yang positif kepada masyarakat.
"Namun, nama juga memberikan nilai kepada masyarakat. Mungkin kita boleh tambah baik di kemudian waktu dan masa," ujar beliau.
Menurut Jamil Khir, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan premis Auntie Anne's bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu termasuk permohonannya untuk mendapatkan status halal sebelum ini.
"Kita akan berbincang dengan pihak Auntie Anne's dan perjelaskan bahawa kita bukan tarik balik sijil.
"Mereka mohon persijilan halal daripada kita dan ada syarat-syarat atau penambahbaikan tambahan untuk memperbaik persepsi masyarakat orang Islam, sensitiviti, dan sebagainya supaya halalan toyyiban itu diambil kira," jelas beliau.
Tambahnya, penggunaan 'Pretzel Dog' adalah antara yang akan dibincangkan semasa pertemuan dengan pihak Auntie Anne's.
Ia berikutan isu berkenaan perlu disentuh memandangkan ia adalah salah satu syarat yang ada dalam mendapatkan sijil halal.
Usaha mendapat sijil halal juga bukan paksaan, sebaliknya adalah dari sudut kesukarelaan mana-mana premis perniagaan.
"Kalau ada yang nak pertahankan jenama (dalam proses nak dapatkan status halal) dia, maka Jakim akan mengadakan perbincangan, sebab fokusnya ialah kandungan bahan tersebut, bukan fokus nama," tambahnya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini menyarankan Auntie Anne's menukar nama 'Pretzel Dog' kepada ‘Pretzel Sausage’ untuk memudahkan memperoleh sijil halal.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 20 2016
JAMIL KHIR: Apa yang penting kita fokus dari sudut kandungan bahan pemakanan tersebut, bukan menilai dari sudut nama. -Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.